Hiburan
“Siapa yang kena pelok tu”- Tokti
Pada 21 Ogos yang lalu pasangan romantis penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Nurhaliza atau mesra di sapa Tokti dan juga suaminya Datuk Khalid telahpun menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 17 tahun. Pejam celik sudah 17 tahun berlalu sejak Datuk Seri Siti Nurhaliza mendirikan rumahtangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Datuk Khalid Muhammad Jiwa lebih di kenali sebagai Datuk K dalam kalangan para peminat Tokti. Beliau merupakan pemilik Yayasan Nurjiwa dan merupakan usahawan terkenal di Malaysia.
Sempena ulang tahun ke 17 tahun pasangan itu, pasangan romantis ini telah meraikan hari bersejarah mereka di sebuah restoran iaitu Restoran Zenzero Wine and Bar di Kuala Lumpur.
Ahli keluarga juga turut hadir bersama untuk meraikan hari bahagia pasangan romantis berkenaan. Sambutan hari ulang tahun perkahwinan tersebut tidak lengkap tanpa hadiah daripada suami tersayang.
Datuk K memberikan Tokti hadiah beg tangan berjenama Prada sebagai kejutan sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka itu.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram muhdafwakhalid, satu video yang memaparkan suasana di restoran ketika sambutan ulang tahun berkenaan telahpun di muatnaik buat tatapan para peminat Tokti.
Di awal video tersebut, Datuk K membuat ucapan romantik buat isterinya dan seterusnya Tokti juga merakamkan gelagat Aafiyah yang turut mengucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan untuk ibu dan bapanya.
Tokti kemudiannya menunjukkan rasa cemburu dan mengusik Datuk K apabila suaminya itu memeluk Aafiyah yang sedang tidur sejurus selepas Datuk K mengucapkan ucapan sayang kepada beliau.
Menjengah ke ruangan komen, netizen juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada Tokti dan suaminya.
Mereka juga mendoakan perkahwinan Tokti dan Datuk K akan berkekalan dan bahagia selalu. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Sebagai rekod, Tokti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada tahun 2016. Perkahwinan pasangan romantis ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 5 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: ig muhdafwakhalid
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen