Connect with us

Hiburan

“Wife 1 dan 2 macam adik beradik, seiras”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 39332fae17345c9bb6dc66665e7b6a76

Topik poligami sering menjadi topik yang di elak untuk di bincangkan memandangkan topik berkenaan menyentuh sensitivity k4um wanita. Bagaimanapun para penyampai radio slot ‘Pagi di Sinar’ menerusi stesen radio Sinar FM iaitu Jep Sepahtu, Rahim Sepahtu, Angah dan Elizad mengambil langkah untuk mengupas topik berkenaan dengan menjemput ‘Abang Vell’ sebagai tetamu undangan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Tidak sangka Abang Vell yang di undang sebagai tetamu jemputan tersebut merupakan rakan penyampai mereka sendiri iaitu Rahim Sepahtu.  Sebagai info, Rahim Sepahtu mempunyai dua orang isteri iaitu Norazlin Abdullah atau Kolin Abdullah dan Lily Khay.

World Wide24.com D8f85bb5dac2bc0447e8c9ae6d0a007f

Menjawab persoalan para penyampai, isteri pertama Rahim yang mesra di sapa sebagai Kolin Abdullah mendedahkan bahawa dirinya mengambil masa selama dua minggu mengurung diri di dalam bilik selepas suaminya memberitahu bakal bernikah sekali lagi.

Kolin juga memberitahu bahawa mustahil baginya untuk tidak merasa sedih selepas mendapat tahu berita tersebut. Walaubagaimanapun beliau melupakan rasa sedih tersebut selepas dua minggu berkurung.

World Wide24.com 6cb5d79389f98cb0a88bcde76f684590

Menerusi perkongsian di Instagram Sinar, beberapa video yang merakamkan temubual berkenaan di kongsikan semula buat para pendengar yang terlepas mengikuti topik yang di bincangkan tersebut pagi tadi.

Salah satu soalan yang di ajukan buat isteri kedua Rahim iaitu Lily Khay pula adalah cara beliau membawa diri di dalam keluarga Rahim sebagai isteri kedua di mana beliau perlu lebih mengalah dan bertolak ansur.

Kongsi Lily, tidak mudah buat dirinya ssebagai isteri kedua untuk masuk ke dalam keluarga Rahim. Lily juga berkata beliau perlu akur dengan statusnya sebagai isteri kedua dan perlu banyak memahami dan mengalah.

Tutur Lily lagi dengan jujur, ibu dan bapanya sudah berpesan kepada dirinya sebelum beliau mengambil kepuutusan untuk menjadi isteri kedua. Namun begitu, kekuatan beliau pula adalah neneknya juga mempunyai madu dan tinggal bersama madu di dalam satu rumah.

World Wide24.com 89ba8ca8a788bbcbd2a1880295349539

Di sebabkan beliau sudahpun terbiasa melihat suasana sedemikian, beliau terbuka untuk menerima pelawaan menjadi isteri kedua. Tambahan pula, ketika itu beliau juga sudah di peringkat usia yang matang dan mampu berfikir dengan lebih baik.

Tidak di nafikan, sememangnya menjadi yang kedua beliau perlu lebih banyak mengalah memandangkan suaminya juga mempunyai komitmen terhadap keluarga pertama, anak- anak serta adik beradik.

World Wide24.com 524d721608ad2efc07c15aa235056ae0

Lily juga berpesan, untuk menjadi isteri kedua bukan mudah kerana perlu banyak mengalah. Oleh itu Lily berkata sekiranya seseorang wanita itu merasakan diri tidak mampu untuk mengalah, jadi jangan lah ‘masuk’ ke dalam keluarga orang lain kerana boleh membuatkan diri ‘stress’

Ketika di soal oleh penyampai radio Pagi di Sinar mengenai penyelesaian permasalahan pula, Lily berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah bersama madunya melainkan perbincangan untuk menyambut hari raya.

World Wide24.com F31837291bd9a13f82d1ee4c63cda0e6

Mengintai ke ruangan komen pula, rata- rata netizen memuji sikap Lily sebagai isteri kedua kerana memahami kedudukan beliau di dalam keluarga. Netizen juga berkata wajah isteri pertama dan isteri kedua Rahim itu hampir seiras seperti adik beradik.

Memandangkan kedua- dua isteri Rahim tidak mempunyai masalah dengan kehidupan bermadu, netizen mendoakan supaya hubungan mereka berdua juga kekal harmoni sampai bila- bila kerana tidak ramai yang boleh berkongsi kasih dan berlaku adil. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com 34df35c167ecc1219fbac8e522dd666d

Tahniah Rahim kerana telah menunjukkan contoh poligami yang baik kepada orang ramai. Melihatkan kedua- dua isterinya yang mampu berbaik dan hidup harmoni, netizen juga memuji sikap Rahim kerana pandai memainkan peranan sebagai suami dan mengemudi keluarga.

Tambahan pula, isteri isterinya juga sudah matang dan pandai membawa diri. Semoga keharmonian rumahtangga yang di bina berkekalan dan hubungan mereka sekeluarga juga sentiasa berbahagia dunia akhirat.

Sumber: ig sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!