Connect with us

Hiburan

“Time mcm ni herlok je muda lakinya, knp tiber time kawin udah nampak berumur pulak” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 9bd7df639530e074442f6cdef0c9dbe8 Scaled

Hanya dengan sekali lafaz Intan Najuwa telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos. Pemilihan tarikh pernikahan pada 18 Ogos juga adalah bersempena tarikh hari lahir pelakon Kkasih Rela Paksa itu yang menginjak genap usia 26 tahun. Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid telah menerima mas kahwin yang bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Kepuutusan pelakon ini untuk berkahwin agak mengejutkan para peminat beliau sendiri. Manakan tidak, Intan sebelum ini kurang terpalit dengan gossip liar dan jarang terjebak dengan kontroversi.

World Wide24.com 216fa99c90dba6950b07dd0fded6efc6

Perkongsian berita mengenai pernikahan pelakon Intan Najuwa telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan para peminat Intan Najuwa sendiri.

Malahan beberapa video dan gambar yang tular di media sosial juga membuatkan netizen baru mengenali gerangan lelaki yang berstatus datuk yang baru sahaja sah menjadi suami kepada pelakon drama Jodohku Baby Sitter ini.

World Wide24.com 7ec4efe43e03ab6f015e3cd0988253c6

Menerusi satu perkongsian di Instagram pesona pengantin, hantaran terbaru pesona pengantin berkongsikan sekeping gambar pasangan pengantin baru iaitu pelakon Intan Najuwa dan suaminya.

Kapsyen yang di tulis pada hantaran berkenaan adalah mengenai pasangan pengantin baru tersebut yang kelihatan sangat sepadan memandangkan mereka berdua sama- sama cantik dan kacak.

Walaupun mempunyai jarak usia 13 tahun di mana Intan berusia 26 tahun manakala suaminya Datuk Ahmad Asraf Azman pula berusia 39 tahun, namun jurang usia tersebut tidak kelihatan begitu ketara apabila mereka berdua merakamkan gambar terbaru berpakaian kasual.

Menjengah keruangan komen, pada awalnya segelintir netizen menyangka suami Intan itu jauh lebih berusia daripada Intan dek kerana semasa majlis pernikahan tempoh hari penampilan suaminya itu kurang menyerlah.

World Wide24.com 4f70e49508b6c895eb8d0f8453898ee5

Bagaimanapun setelah gambar terbaru mereka berdua berpakaian kasual itu tular dan di kongsikan di Instagram pesona pengantin, komen yang di tulis oleh netizen berbeza sama sekali.

Kali ini, netizen mulai memuji penampilan suami Intan itu yang kelihatan lebih muda dan bergaya. Malahan pasangan berkenaan juga di lihat seolah olah mempunyai usia yang hampir sebaya dan tidak menunjukkan jurang perbezaan usia sebanyak 13 tahun.

World Wide24.com Ca924946e6581fb7da1b8986962e8d0c

Komen netizen lagi, berkemungkinan besar gaya rambut dan juga spek mata memainkan peranan menyerlahkan lagi wajah Datuk Asraf berbanding sewaktu majlis pernikahan.

Netizen juga berpendapat pakaian pengantin yang berwarna putih juga membuatkan beliau kelihatan agak berumur ketika itu. Berikut di kongsikan antara komen komen netizen di hantaran berkenaan.

World Wide24.com 187697a2d409aa46130220a0c94ab8e2

Kali ini ramai yang berkata pasangan pengantin nampak sepadan antara satu sama lain. Berbeza betul komen netizen kali ini berbanding komen ketika majlis pernikahan pasangan ini tempoh hari.

Alhamdulillah jodoh tak salah alamat, bak kata pepatah bagai pinang di belah dua. Sememangnya Intan dan Datuk Asraf memang pasangan yang saling melengkapi dan sama cantik dan sama padan antara satu sama lain.

Sumber: ig pesona pengantin

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!