Connect with us

Hiburan

“Alhamdulillah tertutup sampai tak nampak baby bump”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 209c6d319920c740f2d7b07e4bdc5c61

Izara Aishah atau nama sebenar beliau Nik Izara Aishah Nik Izazurin terkenal sebagai seorang pelakon wanita dan model. Izara menamatkan zaman bujang apabila memilih Muhammad Adib Khalid sebagai pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2017. Beliau di kurniakan cahaya mata sulung seorang bayi perempuan yang di beri nama Irisa Alaia pada April 2020.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Pelakon berd4rah kacukan melayu P4kistan ini merupakan seorang finalis pertandingan dewi remaja seangkatan dengan usahawan popular Neelofa dan beberapa lagi nama besar yang lain seperti Anzalna Nasir, Ramona Zamzam dan Syatilla Melvin.

World Wide24.com E0d44040e38556a43255b6d1bba379cd

Setelah memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut, beliau tidak menoleh kebelakang lagi dan meneruskan kerjayanya dalam bidang seni lakonan dengan menjayakan pelbagai watak.

Bagaimanapun kerjaya seninya terhenti buat sementara waktu memandangkan beliau kini sudahpun bergelar ibu dan ingin memberikan fokus dalam membesarkan anak.

World Wide24.com D2643f4a89c3a11964744986641bf26b

Sekian lama pelakon tersebut tidak muncul dengan drama baru di kaca televisyen membuatkan para peminat juga merindui penampilan beliau dalam bidang lakonan.

Sudah agak lama Izara tidak berlakon kerana memberikan tumpuan kepada rumahtangga, kini Izara sibuk menguruskan perniagaan fesyen di bawah jenama beliau sendiri menerusi laman instagram Izara World.

World Wide24.com A0c747b3b0811c2fc491d769e4f752b5

Perniagaan fesyen yang di jalankan oleh Izara itu menumpukan kepada fesyen muuslimah yang menampilkan jubah dan abaya yang labuh.  Setelah tampil berhijab, Izara sangat menjaga aurat dan menjaga cara beliau berpakaian.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, pelakon itu berkongsi beberapa keping gambar terbaru beliau buat tatapan para peminat.

Izara menyarung jubah dan memakai shawl labuh berwarna merah jambu. Namun begitu perubahan bentuk tubuh pelakon filem J Revolusi itu dapat di hidu oleh para netizen apabila menampakkkan sedikit perubahan pada bahagian perut.

Malahan di dalam hantaran gambar pelakon dan usahawan tersebut sebelum ini juga netizen telah membuat andaian mengenai kemungkinan pelakon tersebut kini sedang berbadan dua.

World Wide24.com 3ff300493b9e4994d67f56ecdce2df3d

Mengintai keruangan komen, rata ratanya netizen memuji wajah jelita pelakon tersebut dan penampilan terbaru beliau yang semakin bertambah sopan.

Netizen juga berkata busana labuh abaya berwarna merah jambu itu juga telah berjaya menutup ‘baby bump’ beliau. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com Fc24d6a1a7a752c44e964d2290875ef7

Sekiranya benar Izara kini sedang berbadan dua, tahniah di ucapkan buat pelakon tersebut kerana bakal menjadi seorang ibu anak dua.

Anak sulung Izara juga sudah semakin membesar dan sudah pasti kehidupan berumah tangga lebih meriah dengan kehadiran anak kedua.

Sumber: ig izaraaishahofficial

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!