Hiburan
“Mcm tu je Afwa buat kat penyanyi nombor 1 Malaysia haha”- Netizen
Penyanyi yang telah sekian lama menjadi idola rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sehingga kini masih lagi aktif menyanyi. Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan.
Hampir 11 tahun Datuk K dan Tokti berkahwin, tanggal 19 Mac 2018 telah menjadi hari yang paling gembira dalam kehidupan pasangan ini apabila doa mereka untuk di kurniakan zuriat telah di kabulkan oleh Allah swt.
Penantian pasangan ini bernoktah setelah di kurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah. Kelahiran Siti Aafiyah telah menambah seri dalam kehidupan rumahtangga mereka. Tokti dan Datuk K juga mempunyai seorang anak lelaki yang di beri nama Muhammad Afwa.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Tokti, penyanyi dan usahawan tersebut berkongsi sesi siaran langsung beliau bersama para peminat malam tadi. Sesi siaran langsung berkenaan di lakukan Tokti di dalam bilik anak sulungnya Siti Aafiyah.
Jelas Tokti, beliau melakukan sesi siaran langsung tersebut di bilik Aafiyah memandangkan bilik anaknya itu mempunyai lampu yang terang dan agak sesuai untuk bersiaran langsung.
Sesi siaran langsung juga di meriahkan dengan keriuhan anak anak Tokti iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang turut sesekali menc3lah dan turut bercakap bersama ibunya semasa sesi siaran langsung tersebut.
Tokti juga turut berkongsi dekorasi di dalam bilik Aafiyah kepada para pengikut akaun Instagram beliau. Bagaimanapun kekecohan dua beradik tersebut yang ketika itu sedang bermain antara satu sama lain memeriahkan lagi suasana sesi siaran langsung itu.
Aafiyah juga turut mengusik adiknya Afwa sehingga adiknya itu menangis dan memanggil ibunya untuk masuk tidur.
Tokti yang terkejut dengan tangisan Afwa kemudiannya tidak dapat mengawal Afwa yang menarik tangan beliau untuk masuk tidur membuatkan netizen juga terhibur.
Menjengah keruangan komen, rata rata netizen begitu terhibur dengan kemeriahan kehidupan penyanyi nombor satu negara itu sekarang.
Di sebalik kerjaya beliau yang gah sebagai seorang penyanyi tersohor itu Tokti juga seperti ibu ibu yang lain juga, melayani kerenah anak anaknya yang masih kecil dan penuh dengan gelagat dan ragam. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Sebagai rekod, perkahwinan Datuk Khalid atau lebih di kenali sebagai Datuk K bersama Tokti pula dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 5 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: ig ctdk
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen