Connect with us

Hiburan

“Tingginya, hensem tinggi lampai ni nanti”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 7411e81623dd237c0a01d49d8b58223f

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusof telahpun selamat bergelar ibu bapa setelah isteri Hero Malaya itu melahirkan cahaya mata sulung mereka pada akhir bulan Julai yang lalu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Berita mengenai kelahiran anak pelakon lelaki tersebut mendapat liputan meluas media memandangkan ramai peminat yang menantikan kelahiran bayi tersebut kerana sudah tidak sabar untuk menatap wajah Remy Junior.

Sekitar bulan Mac tahun ini Remy menamatkan teka teki dalam kalangan peminat beliau apabila mengesahkan kehamilan isterinya yang ketika itu berusia 5 bulan. Remy juga mendedahkan beliau sudah mempunyai nama buat cahaya mata pertamanya yang dipilih sebelum bernikah lagi.

World Wide24.com D470b720811422e2c7a6937e000dc0e7

Sebagai rekod, Remy dan isterinya Ezza Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta. Hubungan pasangan ini juga pernah dilanda dugaan apabila pertunangan mereka berdua terpuutus di tengah jalan.

Namun begitu dugaan yang di hadapi pasangan ini mematangkan hubungan mereka berdua sebelum akhirnya kedua duanya menamatkan hubungan berkenaan di jinjang pelamin 2 tahun yang lalu.

World Wide24.com Db93e4724f9f0ec9bd4716f16bc7374f

Menerusi hantaran terbaru Ezza di Instagram, usahawan berkenaan memuatnaik gambar terbaru anak lelakinya yang kini sudahpun berusia dua minggu. Kongsi Ezza lagi, setiap hari anaknya itu menerima kiriman hadiah daripada para peminat buat cahaya mata sulungnya.

Di ruangan kapsyen itu juga Ezza merakamkan ucapan terima kasih buat para peminat yang tidak jemu untuk menghadiahkan anaknya pelbagai hadiah. Ezza juga mendoakan agar para peminat di murahkan rezeki di atas pemberian hadiah berkenaan.

Menjengah keruangan komen pula, peminat tidak lupa mendoakan anak lelakinya itu dengan ucapan dan doa yang baik. Peminat juga berharap anak lelaki Ezza dan Remy sentiasa sihat dan pasangan itu juga di permudahkan segala urusan mereka dalam menempuhi pengalaman baru bergelar ibu bapa.

Walaupun sudah berusia dua minggu, para peminat masih lagi ternanti nantikan pengumuman nama cahaya mata sulung pasangan berkenaan.

World Wide24.com 399fd4a27344a5a4c907704d654e83eb

Memandangkan bayi tersebut merupakan seorang bayi lelaki, para peminat juga sudah tidak sabar untuk melihat wajah bakal pengganti Hero Malaya itu.

Melalui perkongsian gambar terbaru anak Ezza dan Remy itu, dapat di lihat bayi lelaki tersebut agak tinggi. Para peminat mengandaikan anak pasangan itu bakal membesar menjadi seorang yang kacak dan tinggi seperti mana mewarisi wajah kacak bapanya. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com D7de45a3cfb19e8c153b3f2afd8c9c54

Pejam celik dah dua minggu usia anak Remy Ishak ni. Macam mana la agaknya muka Remy Junior ni kan, pastinya kacak sepertimana bapanya juga. Ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk melihat wajah anak sulung Remy ni. Harapnya Remy pun dapat kongsikan nama anak sulungnya itu.

Sumber: ig ezza yusof

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!