Hiburan
“Sejam aje yg dia ok, yg 23 jam lg selalunya dia cuba sorok perasaan”- Watie
Di awal detik perkenalan Shuib dan Watie, hubungan mereka berdua menerima pelbagai pendapat dan andaian yang oleh para netizen. Namun begitu, ianya tidak menghalang pasangan ini untuk meneruskan hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin. Malahan rezeki juga berpihak kepada mereka berdua apabila pasangan serasi ini menerima pelbagai tajaan di hari bahagia mereka.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Sebelum ini, ramai yang kurang senang apabila Shuib membuat kepuutusan untuk menyunting Watie sebagai isteri di sebabkan penampilan Watie sebelum ini yang agak s3ksi dan juga di lihat tidak mempunyai ciri ciri sebagai wanita yang boleh menjadi seorang ibu segera kepada empat orang anak Shuib.
Malahan ada juga segelintir netizen juga menganggap Watie tertarik untuk bernikah dengan Shuib di sebabkan oleh h4rta dan kemewahan yang di miliki oleh duda anak empat itu.
Bagaimanapun, memetik satu temubual bersama Shuib sebelum ini, penyampai radio sinar itu pernah menyatakan bahawa beliau amat tertarik dengan keperibadian Watie kerana wanita tersebut merupakan seorang yang sangat penyayang dan tidak kekok untuk melayan anak anak beliau.
Menerusi satu perkongsian terbaru Watie di Instagram, beliau berkongsi cerita mengenai detik awal perkenalan beliau dan suaminya Shuib.
Hantaran di instagram berkenaan turut di sertakan sekeping gambar beliau bersama Shuib ketika Shuib pertama kali membawa beliau pulang ke kampung halamannya.
Kongsi Watie lagi, ketika di awal perkenalan mereka, Shuib melalui pelbagai dugaan dan beliau sering menjadi pendengar setia segala luahan dan masalah Shuib.
Watie mendedahkan bahawa hanya luarannya sahaja Shuib nampak masih tersenyum namun di sebaliknya Shuib kerap menghubungi beliau sekitar jam 3 pagi menangis teresak esak namun terpaksa menunjukkan beliau kuat di hadapan anak anak.
Menggambarkan situasi berkenaan Watie berkata seolah olah hanya sejam daripada 23 jam sahaja Shuib okay manakala selebihnya Shuib cuba menyorokkan perasaan untuk menampakkan beliau okay meskipun Watie lebih tahu keadaan sebenar bakal suaminya itu.
Watie turut bersyukur mengenangkan keadaan mereka sekarang yang telah selamat bergelar suami isteri memandangkan sebelum ini mereka berdua di uji dengan begitu kuat.
Mengintai ke ruangan komen, perkongsian Watie di kapsyen hantaran terbarunya itu telah menerima pelbagai reaksi daripada para Netizen.
Siapa sangka sewaktu mereka berdua masih lagi dalam fasa saling mengenali hati budi, pasangan ini di landa dugaan dan ujian yang cukup besar namun mereka berdua berjaya mengharungi dugaan tersebut dan berakhir di jinjang pelamin.
Netizen juga memuji kesabaran dan ketabahan Watie dalam mengharungi situasi berkenaan. Netizen menyifatkan Watie sebagai seorang wanita yang kuat kerana di dalam situasi mencabar beliau masih lagi bertahan dan mampu menghadapi dugaan di mana beliau sendiri perlu menguruskan emosi diri, pasangan serta Netizen yang cukup kuat mengkritik beliau dan Shuib ketika di awal perkenalan dahulu.
Netizen juga berkata mereka berdua cukup sepadan kerana saling melengkapi antara satu sama lain.
Watie juga banyak berk0rban kerana sudi menerima pasangan yang mempunyai anak serta menerima tempias populariti Shuib apabila perlu berhadapan dengan media kerana kehidupan Shuib sebagai seorang yang di kenali ramai. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Netizen juga mendoakan supaya Watie terus kuat menjadi tulang belakang kepada Shuib serta tidak putuus asa demi menyokong suaminya itu. Netizen juga mendoakan agar kebahagiaan pasangan suami isteri itu yang baru sahaja di bina terus berkekalan sampai bila bila.
Sumber: ig iamwatie
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen