Connect with us

Hiburan

“Tone suara dia mirip Arwh Siti Sarah kan, suara kecik halus” – Netizen

Published

on

Bagi peminatnya dan pengikutnya pastij jauh di lubuk hati yang dalam rasa rindunya nak dengar suaranya secara live. Apakan daya, seseorang yang sudah ‘pergi’ pastinya takkan kembali.

Hanya kenangan dengannya bermain di memori. Barangkali selain netizen, itu jualah yang dirasakan komposer Ajai dengan penyanyi yang telah pergi mengadap Sang Pencipta, All4hyarhamah, Siti Sarah Raissuddin.

Sebelum ini Ajai juga pernah bekerjasama dengan arw4h untuk menghasilkan karya untuknya yang mana antara lagu terkenal menjadi siulan dari dulu hingga sekarang daripadanya untuk Siti Sarah bertajuk ‘Kesetiaan’.

Bahkan sebelum pemergiannya sempat Ajai menggubah lagu Semakin Benci Semakin Cinta untuk dinyanyikan oleh pelantun itu bersama suaminya, pelawak, Shuib Sepahtu. Padanlah akrab jua hubungan antara dia dan arw4h.

Buktinya seperti dalam hantarannya kali ini, walaupun sudah lebih dua tahun berlalu, Ajai membayangkan dirinya masih teringatkan bakat Siti Sarah. Rupanya suara peserta nyanyian BigStage Musim 5, Aufahanie ini antara ‘pembangkitnya’.

Nyanyian dan penghayatan Aufahanie saling tak tumpah macam arw4h Siti Sarah seperti dicoret Ajai pada status kapsyennya. Kalau dengar betul-betul memang lebih kurang lenggok suara Siti Sarah. Ramai mengiyakannya…

“Pndai abng ajai pilih penyanyi sbb sis ni nyanyi dapat feel yg mndengar”, “Sedap dia bwk lagu ni ajai. tak over nak c0py cara sarah bawak.bagus”, “terkenang..al fatihah arw4h siti sarah…sedap aufa nyanyi..”.

“Tone suara dia mirip arw4h kan..suara kecik halus”, “Sometimes, she resembles arw4h too, during her Big Stage performances.”, “Asal dengar lagu die mesti nk nangis.. wlpon org lain bwakan.. knp ya”, “Her voice merdu mcm arw4h siti Sarah”.

Itu antara komen netizen. Ternyata ramai bersetuju lagu Saat Hil4ng Cintamu dibawakan Aufahanie itu sememangnya mengingatkan netizen pada Siti Sarah. Tak dapat disangkal lagi. Sekurang-kurangnya h1langlah jua rindu peminat.

Difahamkan Ajai memilih Aufahanie untuk versi nyanyian semula lagu Saat H1lang Cintamu. Walaupun hanya di tempat ke-5 dalam Big Stage, siapa sangka di luar pentas itu Aufahanie tetap berjaya menambat hati.

Bukan saja tawan hati Ajai, bahkan ramai netizen. Aufahanie baharu berusia 20 tahun, berasal dari Shah Alam, Selangor merupakan anak keenam daripada tujuh beradik. Dia melanjutkan pengajian dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti City.

Sumber : Ig byajai

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!