Connect with us

Hiburan

“Baju belakang buat sewa ke?” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 3a880f0eb6c23f6ec8da5b56d64a9375

Alahai manis bersemutnya pasangan pengantin baru ni. Apa-apa pun semua buat sama-sama. Mandi, berus gigi, tolong-menolong membega satu sama lain, santai, bergelak ketawa semuanya pendek kata nampaklah erti sebenar makna dua jiwa satu hati tu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Melihat aksi pasangan selebriti, Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann dikongsikan di medsosnya itu, banyak pula yang respons.

Apa taknya, ramai memberikan reaksi, apa ditonjolkan pasangan itu tampak macam hidup ‘dalam dunia mereka sendiri’. Ada yang malu nak lihat, tak kurang pula menyatakan tersenyum sipu sendiri menyaksi adegan mesra Janna dan Dini.

World Wide24.com 4232e908ca7a4b212e0461f88d9d2a19

Yalah… adegan kemesraan selain usap-mengusap dan berbalas kucupan saling tak lekang antara mereka. Barangkali kalau budak yang menonton tampak kurang manislah aksi tu walaupun sudah bergelar suami isteri.

“Kesian lah kami yang single ni”, “Tahu la bumi ni milik korang”, “Nak cubaaaaaaaaaa kemain bju tdur meghah”, “Berlagak eh skrg korang dua… Hahaha bershemut”, “habis laaaaa….. Meroyan laaaaa yg singel tuuu. Yg janda duda jgn mengelupur plk”.

World Wide24.com 3634453ad75379739edca70102d56502

“Sweet lebih2 untuk di pertontonkan public? Drama jer smua ini..1slam pun benci hal sebegini”, “Org kata bahagia jgn di tunjuk2…. Org kata laa…hihihi”, “Apaaaa ni. Tak hormat perasaan orang single langsong”.

Itu antara komen netizen. Dalam pada ada yang memandang serong melihat mereka mempertontonkan ke1ntiman, tak kurang yang meminta agar mendoakan Janna dan Dini ini semua yang baik-baik. Lagipun video paid review gayanya tu…

World Wide24.com 6220d2fd5237ec5422c3845701d14e8e

Lagi pun pasangan pengantin baharu bukan… biasalah macam tu. Kalau zaman makcik dan pakcik bawang dulu ada medsos pun entah-entah ramai lagi yang lebih ‘daring’ bila mempamerkan kebahagian pada umum.

Apa pun bagi yang mengikuti perkembangan Janna yang pernah berkongsi di media akan fasa cabaran hidupnya menjaga ibu dan adiknya masa kecil apabila orang tuanya berpisah, kini tiba saat bahagianya, sama-samalah kita raikannya.

World Wide24.com 55fc8943acb93061bbd166b7cd09fbf3

Janna dan Dini melangsungkan majlis pernikahan dinikahkan sendiri bapanya, Muner Abdullah di M4sjid A’ishah Sungai Menghulu, Langkawi pada 10 Jun lalu. Baharu tiga bulan berumah tangga ya.., netizen bagi ‘can lah…’.

Semasa ditemubual, kongsi Janna, sekiranya ada rezeki, mungkin dirinya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga. Moga satu lagi fasa bahagia buat Janna dan Dini.

World Wide24.com 8d021e2c3057f7faf088598c99082772

Sumber : IG Janna Nick

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!