Connect with us

Hiburan

“H4ntu Bali pun tergamam tengok LMK, belakang tingkap tu takott” – Netizen

Published

on

Fuhhh memang body goal gadis-gadis di luar sana sungguh… Mesti ramai wanita seusianya yang mengidamkan tubuh badan langsing dan berlekuk macam adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa iaitu Amira Khan yang mesra membahasakan dirinya Little Miss Khan (LMK) ini. Pada yang jejaka pulak, ada ke yang bergegar tulang rusuk tengok LMK ni…?

Melihat gaya lentik-lentuknya itu seperti dalam hantaran statusnya ini mengundang banyak pula respons netizen. Ada yang teruja dan tak kurang juga rasa terpanggil menyantuni LMK.

Begitupun dalam beberapa foto dikongsikannya, ramai juga yang menegur di ruangan komen statusnya itu tatkala terperasan akan kelibat ‘makhluk’ yang agak sukar ditafsirkan rupa bentuknya itu.

Berdiri di luar tingkap dalam keadaan malam kelam dengan kelibat berpakaian kuning, ramai menegur ada entiti sedang ‘memerhati’ Amira. Macam ‘trick’ kamera atau ada ‘sesuatu’ agak mendebarkan ‘memerhati’ di situ.

Sudahnya selain terkedu dan terkesima melihat busana sendat membaluti tubuh Amira, ramai pula yang rasa seram sejuk tatkala membelek gambar dikongsikan Amira di medsosnya itu.

“Kat belakang mcm ade something menak0tkan”, “Blakang tingkap tuu..penampakan..”, “wehh blkng pkok tuu hntu kee”, “Lagi kau ambk gbr mlm2 ada benda Mt belakan tu”, “Belakang tu h4ntu ke apa nok”.

“Yang belakang pokok tu nmpk sipi2 je tu.”, “knp aku tgk pic ni seram?? kt blkg tu dia tunjuk diri sikit2…xtaulah btul ke x..hmm”, “Belakang tingkap tu tacodd”, “Knp aq mcm npk blkng tingkap tu de smtg”, “H4ntu bali pon tergamam tengok LMK”.

Itu antara komen netizen. Daripada tagnya di IG itu, Amira membayangkan dirinya sedang berada di Bali, Indonesia. Tak pasal-pasal lain yang Amira nak tunjuk, pandangan seram pulak menancap mata netizen.

Apa pun tak kurang juga yang menyifatkan Amira yang bergaya sedemikian mahu menjadi dirinya sendiri dan sentiasa berkeyakinan diri yang tinggi. Kot layankan komen-komen netizen mesti dah lama ‘k0yak’.

Pasal penampakan entiti seram dalam foto-fotonya itu, apa pun sejak dimuatnaik, Amira belum memberikan apa-apa maklum balas hingga membuatkan netizen tertanya-tanya… Apakah agaknya ‘benda’ tu ya???

Sumber : IG Amira Khan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!