Hiburan
“Paling suka Zahirah sembang dgn anak dia, xde beria nk omputih bagai”- Netizen
Sejak melahirkan anak lelaki sulungnya Isaac Raees, nama pelakon Zahirah Mc Wilson agak tenggelam dan sangat jarang muncul di kaca televisyen apatah lagi dengan kemunculan para pelakon baru yang muncul bagaikan cendawan saat ini untuk mewarnai dunia lakonan tanah air. Namun begitu setelah kembali aktif, Zahirah sering menerima undangan untuk hadir ke beberapa majlis anjuran jenama antarabangsa.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Baru baru ini juga nama beliau menjadi sorotan netizen apabila kehadiran beliau ke majlis perasmian sebuah jenama antarabangsa turut di hadiri oleh para artis daripada pelbagai negara sehingga mengundang rasa bangga netizen memandangkan Zahirah menjadi salah seorang artis Malaysia yang terpilih ke acara berkenaan.
Meskipun sibuk memenuhi undangan untuk menghadiri majlis di luar negara namun Zahirah tetap memberikan keutamaan kepada anak sulungnya apabila berkongsi beberapa video bersama buah hatinya buat tatapan para peminat.
Sempena menyambut perayaan aidilfitri baru- baru ini, Zahirah mengambil kesempatan meluangkan masa untuk memotong rambut anaknya Isaac yang panjang. Menurut Zahirah, itu adalah pengalaman pertama anaknya memotong rambut.
Setelah selesai jurugaya merapikan rambut Isaac, Zahirah juga di lihat tidak dapat menahan sebak melihat wajah anaknya yang berambut pendek.
Sebagai menghargai sokongan peminat yang mahu memgikuti perkembangan anak sulung beliau dan Aiman, Zahirah juga mewujudkan akaun Instagram untuk Isaac Raees.
Apa juga perkembangan terkini mengenai anaknya akan di muatnaik dan di kongsikan bersama peminat menerusi Instagram berkenaan.
Perkongsian Zahirah dan Aiman mengenai kehidupan bersama anak sulung mereka itu sentiasa menarik perhatian netizen yang tertarik dengan kecomelan wajah Isaac Raees yang memiliki lesung pipit di pipinya. Sehingga kini, akaun Instagram Isaac Raees memiliki sehingga 136 ribu orang pengikut setia.
Menerusi perkongsian terbaru Zahirah di Instagram, beliau berkongsi video gelagat anaknya Isaac yang sering menyebut Olo Sayang Baby ketika bersama beliau. Sebutan Isaac yang sangat manja bersama Zahirah itu mencairkan hati ibunya.
Apatah lagi Isaac juga sudah pandai bergurau dan menyuap makanan ke mulut Zahirah dengan cara bermain sehingga membuatkan Zahirah tertawa melayani gelagat anaknya itu.
Menjengah keruangan komen pula, netizen berkata Isaac kini sudah besar kerana sudah pandai bergurau dengan caranya sendiri.
Ada juga segelintir netizen yang berkata Isaac sudah boleh menjadi seorang abang malahan sekiranya mempunyai adik, Isaac bakal menjadi seorang abang yang sangat penyayang.
Di samping itu juga, cara Zahirah berkomunikasi bersama Isaac turut mencuri tumpuan netizen memandangkan Zahirah bertutur dalam Bahasa melayu dan tidak mencampurkan dengan Bahasa Inggeris seperti kebanyakkan ibu bapa pada zaman sekarang. Berikut di kongsikan komen netizen.
Comel betul la Isaac ni. Semoga Isaac menjadi anak yang soleh dan patuh kepada kedua ibu bapa apabila sudah dewasa kelak ya.
Sebagai rekod, Zahirah sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari 2020 dan pasangan itu di kurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.
Sumber: ig zahirah mcwilson
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen