Hiburan
“Klo tgk pic Aisyah mesti tgk kasut, sahih kasut mak dia bedai”- Netizen
Satu satunya anak perempuan kepada pelakon jelita Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sememangnya sudah dikenali ramai semenjak kanak kanak itu kecil lagi kerana gelagatnya yang mengikuti sikap ibu yang gemar bergaya dan menjaga penampilan ibarat kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitu jugalah yang boleh dikatakan mengenai Aisyah.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Kini Aaisyah sudah memasuki usia lapan tahun dan semestinya si kecil itu sedang meniti alam kanak- kanak setelah mula bersekolah rendah. Bermacam-macam aksi comel Aaisyah yang dapat kita lihat daripada dulu hingga kini.
Keletah anak dara pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana juga sering menjadi tumpuan ramai-ramai lebih-lebih lagi apabila si kecil itu sudah mula bergaya daripada kecil lagi.
Mewarisi kejelitaan ibundanya, kecomelan wajah Aaisyah sentiasa menjadi bualan ramai. Aaisyah juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan aktiviti sehariannya sering menjadi tumpuan dan meraih perhatian para pengikut beliau di Instagram.
Netizen memuji wajah cantik Aisyah yang mewarisi kejelitaan ibunya. Aaisyah juga dilihat mengikuti jejak langkah ibunya Rozita Che Wan yang gemar bergaya. Bagaimanapun gelagat Aaisyah itu cukup mencuit hati netizen dan membuatkan para peminat terhibur
Menerusi Instagram, Che Ta berkongsi satu video terbaru yang memaparkan video Aaisyah yang memperagakan jubah daripada koleksi Pesona Abaya.
Gaya dan riak wajah Aisyah yang cukup pandai bergaya menarik perhatian netizen untuk melihat Aisyah memperagakan jubah berkenaan.
Menjengah keruangan komen, kasut tumit tinggi yang di pakai Aisyah ketika memperagakan jubah tersebut menjadi sorotan netizen kerana Aisyah memakai kasut tumit tinggi milik ibunya.
Menerusi video yang pernah di kongsikan oleh Che Ta sebelum ini, Aisyah sering memakai kasut tumit tinggi milik beliau kerana gemar bergaya seperti dirinya.
Netizen juga memberikan cadangan supaya Che Ta membelikan anaknya itu kasut tumit tinggi buat Aisyah memandangkan Aisyah gemar bergaya dengan memakai kasut tumit tinggi milik Che Ta.
Sekurang kurangnya Aisyah tidak lagi menggunakan kasut ibunya itu sekiranya ingin bergaya. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Terdahulu, gaya yang di bawa kanak- kanak berkenaan untuk ke bazaar ramadhan sangat menarik perhatian. Aisyah menyarung kasut tumit tinggi kepunyaan ibunya serta memakai kaca mata berwarna hitam. Selain itu, Aisyah juga memakai handbag berwarna hitam bagi melengkapkan gayanya.
Ternyata gaya kanak- kanak berkenaan untuk ke bazaar Ramadhan tak ubah seperti ke pusat beli belah ternama di Kuala Lumpur. Menurut Che Ta anaknya itu tidak mahu memakai selipar dan sanggup memakai kasut tumit tinggi kepunyaan Che Ta asalkan bertumit tinggi.
Sumber: Instagram rozita che wan
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen