Connect with us

Hiburan

“Amar tu kadang kesian kan tgk, muka mcm terpaksa menari mcm tu” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 25bd4c56bd012a6fbe92d6600cadd64c

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan untuk mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah serta mampu berbakti kepada keluarga mahupun masyarakat. Buat pasangan usahawan Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida, mereka berdua bertuah kerana dikurniakan 6 orang cahaya mata. Buat yang mengikuti pekembangan pasangan suami isteri ini sekeluarga, tentu mengenali anak – anak mereka.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Anak sulung dan kedua pasangan ini iaitu Ammar dan Qadejah telahpun menginjak keusia remaja dan semakin boleh di harap. Tambahan pula Dato Aliff dan Datin Shahida telah mendedahkan anak-anak mereka mengenai dunia perniagaan sejak dari kecil lagi.

World Wide24.com 0861eccf6108b4e056b275f550fe51b4

Dato Aliff dan Datin Shahida sangat aktif di media sosial masing- masing untuk mempromosikan pproduk- produk perniagaan mereka.

Sebagai rekod, Dato Alif dan Datin Shahida mendirikan rumahtangga pada Ogos 2007 dan kini memiliki 6 orang anak hasil perkongsian hidup bersama.

Kini anak- anak yang juga sudah meningkat remaja semakin tahu erti tanggungjawab dan mengikuti jejak langkah kedua ibu bapa dengan turut membuat promosi produk produk yang di jual oleh syarikat ibu bapa di media sosial masing- masing.

World Wide24.com 40663ee8cac773966ed500243d5e270f

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian baru di Instagram, Dato Alif memuatnaik video beliau dan keluarganya merakamkan gelagat ketika menyanyikan lagu raya dendangan beliau tahun ini yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.

Sebelum ini, lagu dan video klip lagu raya Dato Alif itu di landa kontroversi kerana busana yang di gayakan oleh beliau dan para penari lelaki dalam video klip lagu tersebut yang memakai baju melayu ketat sehingga menimbulkan kec4man orang ramai yang kurang senang dengan gelagat penari.

Tambahan pula pemakaian baju melayu tradisi yang telah di ubah suai dalam video klip lagu raya itu menjadi terlalu ketat sehingga menampakkan susuk badan Dato Alif dan para penari juga turut di kritik kerana tidak bersesuaian dengan semangat menyambut hari raya aidilfitri.

World Wide24.com B649142143cacc3b9dcec59d83a4d36e

Kec4man yang berterusan di terima oleh Dato Alif saban tahun setiap kali mengeluarkan lagu raya terbaru menyebabkan baru- baru ini usahawan tersebut merasa sedih dan membuat luahan di media sosial kerana teruk di kec4m netizen.

Sebagai selingan hantaran video tersebut, Dato Alif juga sempat mempromosikan produk solekan terbaru yang di keluarkan oleh syarikat beliau.

Menerusi video itu juga Dato Alif bertanya kepada para pengikut beliau sekiranya netizen menyukai video gelagat anak anaknya sebagai pengganti menjadi penari latar bagi lagu raya Chu Ku Chuk Raya.

World Wide24.com D48ecb85bf90067cfc2e3799b7deef8a

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen menyokong cadangan Dato Alif. Menurut netizen, lagu raya nyanyian Dato Alif itu kedengaran lebih baik tanpa penari latar yang lemah lembut dan memakai baju ketat sepertimana dalam video klip rasmi lagu raya Dato Alif tersebut.

Walaupun Dato Alif berkongsi gelagat ceria ahli keluarganya ketika menyanyikan lagu raya itu, namun begitu, riak wajah anak sulung Dato Alif iaitu Amar menjadi sorotan netizen yang rata- ratanya merasa kasihan dengan remaja tersebut.

Wajah Amar yang kelihatan seperti sedang senyum terpaksa dan menari dengan gerak geri yang agak keras mencuit hati netizen. Berikut di kongsikan antara komen- komen yang di tulis oleh netizen mengenai anak sulung Dato Alif berkenaan.

World Wide24.com 629f435f3033c849c7f7b51c2a5f398b

Melihat daripada reaksi netizen, sebenarnya ramai yang menyokong dan memuji lagu raya nyanyian Dato Alif andainya usahawan berkenaan tidak tampil dengan pelbagai gimik atau tidak cuba untuk membuat sesuatu yang mengundang kontr0versi.

Malahan netizen juga bersetuju sekiranya Dato Alif lebih mengetengahkan ahli keluarga sendiri sebagai sebahagian daripada video klip lagu raya Chu Ku Chuk Raya itu berbanding menggunakan para penari yang lemah lembut.

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!