Hiburan
“Ehhh tolong cuci lepas ambik gambo” – Sheira Ijoy
Tidak dinafikan lagi bagaimana media sosial mampu memberi berbagai reaksi dari setiap orang di seluruh dunia hanya dengan satu ‘button’ sahaja. Platform ini diguna pakai oleh masyarakat biasa dan memainkan peranan penting bagi setiap golongan artis untuk berkongsi kegiatan bersama peminat mahupun mencari rezeki. Malah tahap populariti kini lebih bergantung terhadap berapa ramai followers di dalam sosial media seperti Instagram, Twitter dan sebagainya.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Pelakon cantik yang sering terpalit dengan berbagai kontroversi akibat dari unggahan gambar dan video di laman sosial Instagram ini tidak pernah menghiraukan kata-kata negatif dari para netizen. Sharifah Nurul Sakinah yang kini telah memilih warganegara Sweeden iaitu Michael Hansen sebagai suami untuk perkahwinan kali kedua kini dilihat lebih bahagia disisi suami.
Sharifah Sakinah dilihat lebih tertutup tentang kehidupan peribadinya dari pihak luar sejak mendirikan rumahtangga. Berbanding dahulu, ramai yang sudah kenal dengan sikapnya yang sangat sempoi ketika memuatnaik apa-apa gambar dan video miliknya yang pasti akan menjadi topik hangat ramai.
Berbeza pula pada kali ini, perkongsian video dari Sharifah Sakinah yang mempamerkan tandas mewah yang serba keemasan juga telah mendapat perhatian netizen. Walaupun dia menunjukkan tandas yang dikatakan kayangan itu, tetapi lain pula yang menjadi sorotan netizen.
Ramai juga di ruangan komen yang sedar tentang ketiadaan tisu di tandas itu dengan mengatakan bahawa tiada guna jika tandas sahaja yang mewah tetapi tisu sudah habis. Gelagat Sharifah Sakinah yang sangat bersahaja menjadikan pili air sebagai telefon juga mencuit hati para netizen.
Walaupun begitu, ada segelintir netizen yang telah menyalahertikan maksud caption dari video tersebut yang dikatakan oleh Sharifah Sakinah. Ramai juga antara mereka yang mula menegur dan menanyakan status perut Sharifah Sakinah yang kelihatan seperti sudah berbadan dua.
Menjadi persoalan ramai bahawa siapakah pemilik sebenar kepada tandas mewah berwarna keemasan tersebut. Netizen juga membuat andaian bahawa tandas tersebut merupakan tandas di rumah kakaknya iaitu Sharifah Shahirah.
Komen dari kakaknya pada video itu juga ada dengan menyuruh Sharifah Sakinah untuk cuci tandas tersebut selepas digunakan.
Kalau sudah Kinah muatnaik di Instagram, pasti ada sahaja gelagat sempoi dan lucunya itu. Tetapi memang seronok tengok Sharifah Sakinah berkongsi tandas mewah tersebut. Kalau dah masuk tandas tu mesti susah nak keluar kan.
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen