Connect with us

Hiburan

“Setelah 20 tahun bernikah anak dah 5 ini lah rupanya”

Published

on

Erinsakura 4aaaef9622bfff4965ead6e578aef33b

Bagi pasangan suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, sudah tentu setiap hari merupakan hari yang sangat romantik bagi mereka. Makan pun masih bersuap-suapan, mesej pun masih dipenuhi dengan bunga ros dan tingkahlaku sesama pasangan juga masih malu-malu kucing. Namun setelah sudah bertahun-tahun lamanya tinggal sebumbung dengan pasangan, barulah tahu bagaimana perangai pasangan yang sebenarnya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Makin lama usia perkahwinan, semakin kurang keromantikan antara sesama pasangan. Bukan macam dahulu kala lagi yang masih tersipu-sipu malu. Kini, suami pun dah tak larat mahu melayan kerenah isteri yang kadangkala manja dan mahukan perhatian.

Erinsakura C0e42155c063b903d22b47642789e347

Hal yang sama turut berlaku buat ahli perniagaan Dato Aliff Syukri bersama dengan isterinya Datin Sri Nur Shahida. Pasangan ini ada mengongsikan satu video Tik Tok mengenai perbezaan antara pasangan yang baru berkahwin  dengan pasangan yang sudah bernikah selama 20 tahun.

Lazimnya pasangan yang baru berkahwin masih bersifat romantik dan tersipu-sipu malu semasa menunggang motosikal. Bagi pasangan yang sudah 20 tahun berkahwin pula, beg pun tidak mahu dipegang oleh sang suami. Langsung hiilang sifat keromantikan tersebut.

Erinsakura Ec78728cb813fc760ac7a1c46c6d6336

Walaupun video tersebut lawak, namun kebanyakan realiti kehidupan bagi pasangan yang sudah berkahwin pasti akan melalui fasa sedemikian. Bukan seperti mat salleh, ikatan cinta mereka masih tetap teguh meskipun sudah berpuluh tahun tinggal sebumbung.

Jarang sekali bagi pasangan ‘veteran’ untuk bermanja-manja dengan suami mahupun isteri masing-masing apabila usia perkahwinan sudah lama. Usahkan bermanja, nada suara ketika bercakap dengan pasangan pun satu kampung boleh dengar.

Erinsakura 6540dc408ef915cee02e28c5021026be

Video perkongsian Dato Aliff Syukri ini dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya sejak 2 hari yang lalu lagi dan berjaya mendapat sebanyak 47,476 sukaan serta 1246 komen daripada para followers Dato Syukri termasuk Iqbal.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi Dato bersama Datin dalam video berdurasi pendek tersebut. Tidak kurang juga ada netizen yang mendoakan kebahagiaan Dato dan Datin agar berkekalan hingga selama-lamanya.

Erinsakura 9dc98f9bb04a5dc7c758090940805c9a

Harap-harap Dato dan Datin senantiasa bersikap romantis antara satu sama lain ya walaupun usia perkahwinan sudah mencecah umur yang lebih ‘matang’.

Sama juga buat para pembaca yang sudah berumahtangga, tidak salah rasanya mau bermanja-manja dan beromantik dengan pasangan masing-masing walaupun usia sudah tua. Tetapi jangan silap langkah tau, buat dengan pasangan sendiri sahaja, bukannya dengan pasangan orang lain. Kehkehkeh.

Sumber: Instagram Dato Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!