Connect with us

Hiburan

“Terharu jumpa peminat dekat Paris. Dapat dua surat lagi” – Ustaz Ebit Lew

Published

on

Apabila kita sering berbuat baik, sudah tentu ramai yang mahu membalas jasa kita kembali walaupun hakikatnya kita berbuat baik tidak mengharapkan apa-apa balasan dan ganjaran. Namun, sudah menjadi kebiasaan orang untuk membalas segala kebaikan yang diterima sama ada dalam bentuk materialistik mahupun ucapan terima kasih. Setiap perbuatan baik kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat, lagi-lagi oleh-Nya.

Walaupun kadang-kadang sesuatu kebaikan yang kita lakukan itu hanya kecil dimata kita, tetapi ianya sudah cukup bermakna buat seseorang yang menerima kebaikan tersebut. Mungkin pada saat itu, orang yang sedang berada dalam kesusahan amat memerluukan bantuan, maka Pencipta mengirimkan kita untuk berkongsi rezeki.

Sudah pasti semua pembaca mengenali siapakah gerangan Ustaz Ebit Lew. Beliau yang sering muncul di media sosial disebabkan sering menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengenal usia, status, bangsa dan warna kulit.

Bukan di Malaysia sahaja beliau aktif dalam usaha yang murni ini, tetapi juga di luar negara seperti mngsa-mngsa pengeboman di Gaza, Palestin. Saya pasti usahawan ini dikenali di setiap pelusuk negeri. Di mana sahaja terdapat orang-orang yang berada dalam kesusahan, sudah pasti UEL akan segera menjalankan misi kemanusiaan disitu.

Baru-baru ini, UEL bersama dengan keluarga pergi ke Paris untuk bercuti. Tanpa disangka-sangka oleh UEL, rupa-rupanya dia bertemu dengan para peminatnya di situ. Ujar UEL dalam ruangan caption postingnya, dia berasa sangat terharu semasa menerima dua surat daripada peminatnya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Perkongsian UEL ini walaupun baru dimuatnaik pada 4 jam yang lalu namun sudah berjaya mendapat sebanyak 660,289 tontonan dan 771 komen yang mana rata-rata warganet kagum dengan usaha murni UEL dalam membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Sesungguhnya orang yang sering berbuat baik pasti akan mendapat balasan yang baik juga daripada sesama manusia. Benar kata UEL bahawa sesungguhnya sangkaan baik merupakan doa yang sangat kuat, lebih kuat daripada doa yang hanya sekadar kata-kata berlegar daripada minda.

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!