Connect with us

Hiburan

“Bila Aafiyah dah pandai nyanyi dan cipta lirik sendiri” – Tokti

Published

on

Erinsakura B4795ac804a9d8298c6153817cdd5b27

Pepatah melayu “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi” sering didengari sejak dari zaman dahulu kala lagi. Acap kali kita mendengar pepatah ini diungkapkan sekiranya tabiat atau perangai yang dimiliki anak sama seperti perangai ibu bapa mereka. Sebagai contoh jika ibubapa mempunyai bakat seni, maka bakat tersebut secara automatik akan diwarisi oleh anak-anak.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Seperti Aafiyah, anak perempuan kepada Dato Siti Nurhaliza, walaupun baru berumur 3 tahun Aafiyah sudah pandai menyanyi serta mencipta lirik lagu sendiri. Sememangnya Aafiyah sudah petah bercakap semenjak baru berumur 2 tahun lagi.

Erinsakura 0e3dc52faf49d6ac904b0edd1b4ea14b

Puteri cilik Dato Siti Nurhaliza ini ternyata memiliki bakat yang sama seperti ibunya juga. Dato Siti sendiri mengaku bahawa Aafiyah sudah pandai mencipta lirik sendiri. Apa tidaknya, lagu budak-budak yang bertajuk “kalau rasa gembira” mempunyai lirik yang baru ciptaan Aafiyah.

Comel sahaja suara Aafiyah semasa menyanyikan lagu baharu ciptaannya itu. Dengan lirik yang ‘comel’, pasti ramai yang akan terhibur dengan lagu gubahan Aafiyah ini.

Erinsakura 1f514b7c4f3d51dd341265b8d81f0d5d

Suami Dato Siti juga turut menyatakan bahawa perangai Aafiyah itu sama seperti gaya Dato Siti yang mana lirik asyik timbul di dalam kepala.

Macamana dengan persembahan Aafiyah? Comel je Aafiyah dengan lagu gubahannya kan? Pasti ramai hati yang terpikat mendengar Aafiyah yang petah bercakap kini sudah mulai berjinak-jinak dengan lagu.

Erinsakura 682e838c1555a0c35bf1c23f22ac11f8

Video serta foto perkongsian Dato Siti ini telah berjaya mendapat sebanyak 30,924 sukaan dan 566 komen walaupun baru 7 jam yang lalu ianya dikongsikan menerusi akaun Instagram milik Dato Siti.

Ramai warganet termasuk rakan artis Dato Siti yang cukup terhibur dengan ‘persembahan’ Aafiyah yang singkat ini. Selebriti terkenal seperti Yana Samsudin dan Nad Zainal juga turut tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi ruangan komen posting Dato Siti tersebut.

Erinsakura 7dc206595d39c5e638eed83c77d5298a

Nampaknya dah ada pelapis Dato Siti yee. Walaupun masih kecil namun Aafiyah sudah cukup kreatif dengan idea yang tidak putus-putus datang kepadanya. Semoga suatu hari nanti Aafiyah juga berjaya menjadi seorang penyanyi yang terkemuka sama seperti Dato Siti ye.

Sumber: Instagram Dato Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!