Connect with us

Hiburan

“Abang Joe, knp biarkan aurat rambut tu, tambah saham ke” – Netizen

Published

on

Erinsakura D28c0ace2a5769ccba32275c0119c0db

Bagi pasangan suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, sudah tentu setiap pasangan akan mendambakan ‘honeymoon’ ataupun bulan madu di tempat yang romantik agar nikmat perkahwinan dapat dirasai 100%. Tapi keunikannya manusia, tidak semua berpendapat yang sama dalam hal ini. Ada juga pasangan yang langsung tidak kisah untuk melakukan sedikit aktiviti yang lasak semasa fasa berbulan madu mereka.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Seperti pasangan Fizo Omar dan isteri yang merupakan anak jati kelahiran negeri Sarawak, mereka memilih untuk melakukan aktiviti yang agak lasak walaupun masih dalam fasa berbulan madu. Pasangan suami isteri yang bagai pinang dibelah dua ini telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober tahun ini.

Erinsakura 578b504ea706beca084b6ecccaeb918e

Walaupun baru 8 hari bergelar sebagai pasangan suami isteri, namun kedua-dua individu ini sudah selesa dengan sikap serta tabiat masing-masing. Ternyata kedua-dua pengantin baru ini memiliki hobi yang sama iaitu gemar menunggang ATV.

Kelihatan ayu sahaja isteri baru Fizo Omar ni kan? Rupa-rupanya Fazeera juga meminati aktiviti yang lasak iaitu menunggang ATV sama seperti suaminya.

Erinsakura C5377bb2b2a396146c04d30cb4946548

Jika para pembaca menonton video perkongsian Fizo mengenai Fazeera yang sedang menunggang ATV ni, pasti korang akan tahu betapa selambanya Fazeera semasa menaiki ATV.

Menurut Fizo, isterinya Fazeera kononnya sudah terbiasa dengan aktiviti lasak menunggang ATV. Tidak hairanlah dengan kepakaran dan gaya selamba yang ditayangkan oleh Fazeera ini. Rupa-rupanya, memang dah lali dengan sukan mencabar ni.

Erinsakura 9ad4bfab0820f9fcdd459f33ce1b642c

Walaupun perkongsian Fizo ini baru sahaja 6 jam yang lalu dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya, namun ianya sudah berjaya meraih sebanyak 237,126 tontonan dan 213 komen. Masakan tidak, pasti ramai warganet yang berminat mengetahui perkembangan terkini pasangan suami isteri tersebut.

Namun yang berjaya mencuri perhatian min adalah apabila ada sesetengah netizen yang tetap tidak ketinggalan untuk menegur penampilan Fazeera disini yang tanpa mengenakan tudung lantas menayangkan rambut yang merupakan aurat wanita mengikut fahaman agama Islam.

Erinsakura 18dd2dceeea2cef1a26419f628ec587e

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat pasangan ini terlebih buat Fazeera. Tidak baik juga rasanya jikalau terus menegur tapi menggunakan bahasa yang kesat dan keterlaluan. Harap suatu hari nanti Fazeera akan mengubah penampilan demi kebaikan diri sendiri.

Sumber: Instagram Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!