Connect with us

Hiburan

“Hujan tak cukup, bg nama bnjir. Nmpak sikit hidup pnuh dgn dugaan” – Netizen

Published

on

Erinsakura A1bb74ec45b025b24d19064edd0ac88c

Sebelum ini, Iqbal atau nama sebenar Ahmad Iqbal Zulkefli, pernah menyuarakan hasrat beliau untuk mencipta sebuah lagu dan sedang dilanda kerunsingan gara-gara memilih komposer yang terbaik. Tapi syukur kerana dilema Iqbal ini akhirnya berlalu setelah dia sudah menemukan komposer yang terbaik untuk mencipta lagunya. Walaupun Iqbal acap kali mendapat kata-kata negatif daripada netizen, namun itu hanya menguatkan lagi semangatnya untuk mengejar impiannya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Nama Iqbal ini bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan netizen dan media. Kisah Iqbal sering menjadi perbualan hangat netizen suatu ketika dahulu hinggalah ke hari ini disebabkan oleh kontroversi yang dialami oleh pemuda yang baru berumur 27 tahun ini.

Erinsakura 8bf900f45b9a3392e498e61b212def1b

Tapi kali ini, Iqbal menjadi ‘highlight’ media dan netizen bukan disebabkan oleh kisah cintanya yang tiada kesudahan dengan DSV, namun disebabkan oleh penghasilan lagu pertama Iqbal yang berjudul ‘Hujan’. Mengapa Iqbal memilih judul lagunya sebagai ‘Hujan’?

Menurut Iqbal, ‘Hujan’ mengisahkan mengenai perjalanan hidupnya yang penuh dengan liku dan onak duri. Memori Iqbal tertumpu pada waktu Iqbal kebasahan di tengah hujan dan dihalau ketika sedang hujan lebat, maka terhasillah ‘Hujan’.

Erinsakura 4894d30de919a0232e7131be3fc11df6

Lagu Iqbal ini akan disiarkan di Youtube Rusa Music tepat 1 November 2021 nanti. Berdasarkan posting Iqbal, dia tidak lupa untuk berterima kasih buat pengarah video muzik kerana sanggup menuruti permintaannya sepanjang sesi penggambaran dilaksanakan selama 24 jam. Fuhh, lama tuh.

Komposer bertuah yang dipilih oleh Iqbal adalah Zai Hamzah dan Oja yang mana sudah bertungkus lumus membantu Iqbal demi menyiapkan ‘Hujan’. Selama penghasilan lagu Iqbal dilakukan, komposer Zai Hamzah dan Oja terpaksa mengorbankan masa tidur mereka.

Erinsakura 316ef2c164dccfa14f3458b9b6c611ec

“Apabila saya katakan saya mahu buat, saya akan pastikan ia benar-benar tercapai. Jika ia adalah marketing, saya akan jelaskan bahawa ia adalah marketing,” ujar Iqbal dalam ruangan komen postingnya ini.

Posting Iqbal ini mendapat sebanyak 13,436 likes dan 530 komen yang mana rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Iqbal atas kejayaan menghasilkan lagu ‘Hujan’. Namun, ada juga sesetengah netizen yang masih sempat bertanyakan soalan mengenai jodoh Iqbal.

Erinsakura 4e611b9a69c8efd0689696c02737801a

Walaupun seringkali mendapat komen yang berbaurkan negaatif daripada netizen, Iqbal sedikit pun tidak menghiraukan suara-suara suumbang tersebut malah menggunakan kesempatan berikut untuk terus maju ke hadapan dan terus berjuang.

Semangat Iqbal ini merupakan sesuatu perkara yang dapat dipelajari oleh netizen selain daripada mengambil bahagian dalam kelas mengkritik dan merendah-rendahkan seseorang. Opps, hehehe.

Sumber: Instagram Iqbal

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!