Connect with us

Hiburan

“Sapa la yang bertuah jadi abang Jamil” – Netizen

Published

on

Erinsakura 552b0a7b2fdddc289ec6ba06c78bf0f3

Bagi para pembaca yang lahir pada tahun 80 hingga 90-an, sudah pasti kalian mengenali Tan Sri P.Ramlee. Semua filem arahan Tan Sri P.Ramlee htidak dapat dinafikan kehebatannya. Terutama sekali filem madu tiga yang menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu. Kebanyakan filem Tan Sri P.Ramlee yang ditayangkan menceritakan mengenai kisah benar masyarakat setempat.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Filem madu tiga secara ringkasnya menceritakan mengenai seorang lelaki yang mempunyai tiga orang isteri. Bermacam-macam ragam suami isteri yang memilih untuk hidup berpoligami dapat diperhatikan disini. Syukur kerana filem klasik seperti ini tidak dilupai malah ada yang ditayangkan kembali dengan wajah pelakon baharu.

Erinsakura 23d7f1d4e0ae25202b6685113d57b7b9

Baru 14 jam yang lalu, Siti Saleha telah mengongsikan satu posting mengenai sedutan filem madu tiga yang mana Saleha sendiri yang akan memegang watak sebagai salah satu bini abang Jamil. Menurutnya lagi, filem ini akan ditayangkan dalam masa yang terdekat.

Mesti para peminat sudah tidak sabar untuk menonton filem ini kan? Lagi-lagi apabila Saleha juga turut membintangi filem tersebut yang mana memang terkenal dengan keupayaan menghayati watak 100%. Baru tengok sedutan sahaja, sudah ramai peminat yang teruja untuk menonton wayang penuh.

Erinsakura 8a36288452440ae7ad7212e0334c8aab

Menerusi sedutan filem tersebut, kononnya Saleha bersama-sama dengan dua lagi isteri abang Jamil sedang duduk di halaman rumah sambil menikmati secawan kopi. Pada mulanya, hubungan antara ketiga-tiga isteri ini kelihatan begitu rapat.

Namun, tidak lama selepas itu, jelas kelihatan pada wajah setiap isteri bahawa sebenarnya masing-masing meluat dengan kehadiran yang lain. Babak yang berjaya mencuri tumpuan netizen adalah apabila Saleha mempamerkan riak muka yang cukup meluat dengan pandangan yang tidak berpuas hati.

Erinsakura 26a977bffbdf5fd168ba935983e77a3e

Walaupun perkongsian Saleha ini baru dimuatnaik sejak 14 jam yang lalu, namun ianya telah berjaya mendapat sebanyak 21,012 likes dan 337 komen yang mana rata-rata netizen terhibur dengan gaya menyampah yang ditunjukkan oleh Saleha.

Erinsakura B79357979ae090beb78ea41780e5906e

Agak-agaknya siapalah pelakon yang bertuah sebagai abang Jamil tu ya? Rasa macam tak sabar mahu menunggu filem ini disiarkan. Bagi para peminat Saleha, jangan pula ketinggalan untuk menonton filem ni. Rugi nanti.

Sumber: Instagram Siti Saleha

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!