Hiburan
“How Maryam, perbezaan pantang orang Melayu dengan Korea” – Netizen
Sudah menjadi norma bagi ibu yang baru bersalin untuk berpantang selama beberapa bulan agar tubuh badan termasuk emosi sentiasa berada dalam keadaan yang sihat seperti sedia kala. Tempoh berpantang boleh mencecah dari 42 sehingga 100 hari mengikut tahap kesihatan badan si ibu. Selalunya, ibu yang baru bersalin ini masih lemah daya ketahanan badan dan kalau tidak dijaga dengan baik, silap-silap boleh dijangkiti kuman.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Rawatan yang diberikan sepanjang tempoh berpantang merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan bagi semua ibu-ibu. Tidak dapat dinafikan, tempoh 9 bulan semasa mengandung merupakan sesuatu yang sangat memenatkan bukan sahaja fizikal tetapi juga mntal si ibu.
Semasa rawatan berpantang ini dijalankan sahaja baru si ibu dapat mengembalikan tenaga asalnya. Tidak hairanlah jika Maryam Younarae, seorang You Tubers popular mendambakan rawatan yang diterimanya semasa berpantang dapat dilanjutkan sehingga setahun.
Maryam yang baru sahaja bersalin pada beberapa hari yang lepas kini sedang menjalankan rawatan berpantang mengikut cara orang Melayu. Walaupun pada hakikatnya Maryam berbangsa Korea, namun suasana rawatan berpantang sangat disukai oleh Maryam.
Menerusi foto serta video perkongsian Maryam, Maryam yang baru sahaja memulai rawatan berpantang kemarin berasa sangat senang semasa sedang diurut oleh salah satu staff dari natalismothercare. Antara rawatan berpantang yang dapat diperhatikan menerusi foto dan video Maryam ialah bertangas atau sauna dan berurut.
Mesti Maryam berasa amat selesa kan. Sampai terlelap mata Maryam diurut oleh kakak staff natalismothercare ini. Ternyata perkhidmatan yang disediakan oleh staff tersebut benar-benar berkesan buat Maryam. Dapat dilihat kepuasan Maryam menerusi postingnya ini.
Posting Maryam ini telah dimuatnaik dalam akaun Instagramnya sejak sehari yang lalu dan mempunyai sebanyak 67,701 sukaan dan 266 komen.
Rata-rata followers Maryam mengucapkan selamat berpantang buat Maryam. Ada juga netizen yang sempat bertanyakan perbezaan berpantang antara orang Melayu dan Korea namun masih belum sempat dibalas Maryam. Ada netizen yang tercuit hati membaca caption Maryam yang mahu berpantang selama setahun.
Mungkin apabila Maryam mempunyai sedikit kelapangan, bolehlah Maryam kongsikan perbezaan berpantang antara orang Melayu dan orang Korea. Nampaknya ramai yang penasaran menunggu perkongsian daripada Maryam, termasuk min juga. Hehe..
Sumber: Instagram Maryam
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen