Connect with us

Hiburan

“Mcm Siti masa nyanyi lagu jerat percintaan”- Netizen

Published

on

Sebut sahaja nama Siti Aafiyah, pasti yang terlintas ialah wajah comel dan telatah lucu anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti. Panggilan penuh kasih sayang oleh ibundanya iaitu “Aafiyah anak ibu” juga seolah terngiang-ngiang kedengaran. Ajaibnya panggilan Tokti buat anakandanya itu mudah benar melekat dihati kita semua.

Kuat sungguh pengaaruh Tokti ini kepada rakyat Malaysia. Sehinggakan panggilan buat anak kesayangan pun menjadi ikutan. Tokti kini sedang bahagia meniti fasa bergelar seorang ibu selepas penantiannya untuk memiliki zuriat pertamanya itu selepas hampir sebelas tahun menanti dengan sabar dimakbulkan dengan kelahiran Aafiyah.

Nama Siti Aafiyah membawa maksud perlindungan Allah bagi hambaNya daripada pelbagai penyaakit dan bencana. Keluarga Tokti juga semakin berkembang apabila Tokti mengumumkan telah selamat melahirkan anak keduanya pada 7 Ramadhan yang lalu.

Sebelum ini Tokti pernah mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau merupakan kembar kepada Aafiyah. Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas.

Siti Aafiyah yang kini telah berusia 3 tahun ternyata menjadi penawar dan penyeri dalam kehidupan Tokti. Sebagai anak sulung kepada Tokti, Aafiyah merupakan seorang kanak-kanak yang sangat bijak dan petah berkata-kata. Tutur kata Aafiyah juga sangat lembut ternyata menunjukkan Aafiyah dibesarkan dengan baik oleh kedua ibu bapanya.

Menerusi perkongsian di salah satu Instagram yang diwujudkan oleh peminat iaitu cerita artis Malaysia, kelihatan sebuah video terkini yang memaparkan Aafiyah dan Tokti sedang merakamkan video bersama. Aafiyah menerusi video berkenaan teruja melihat rambutnya dengan berkata “Rambut Mermaid”.

Tokti pula secara berseloroh memanggil anaknya itu “Hai Siti Nurhaliza kecik” sekaligus mengakui bahawa wajah anaknya itu seiras benar dengan wajah dirinya sendiri sewaktu zaman muda dahulu.

Ragam dan gelagat Aafiyah sentiasa mencuri tumpuan. Anak kepada penyanyi bersuara emas ini telahpun menginjak usia 3 tahun pada Mac lepas, keletah Aafiyah yang semakin bijak amat dikagumi oleh para peminat Tokti. Ada sahaja gelagat yang mencuit hati antara dua beranak ini. Permata hati Tokti ini juga sudah semakin selesa beraksi dihadapan kamera.

Walaupun memperoleh Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat Aafiyah. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah.

Bagus didikan Tokti dan Dato Khalid apabila mendidik anak-anak mengenai tuntutan agama sejak kecil. Para peminat juga mengatakan bahawa Aafiyah mewarisi wajah jelita ibunya itu dan kelihatan sangat seiras dengan Tokti ketika zaman Tokti masih muda dahulu.

Para peminat tidak henti memuji raut wajah si cilik ini yang mirip sepertimana ibunya dan sangat pandai beraksi di hadapan kamera. Para peminat tidak hanya geram dengan aksi manja Aafiyah malahan tertarik hati dengan gelagat yang memikat hati yang dilakukan oleh buah hati kesayangan Tokti itu. Berikut dikongsikan komen netizen.

Tokti mengilhamkan nama Siti Aafiyah di Mekah semasa menunaikan umrah beberapa tahun lepas. Aafiyah amat bertuah dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dilimpahi kasih sayang. Para pengikut Tokti juga sangat menyayangi dirinya.

Peminat bukan sahaja geram dengan wajah comelnya malahan gelagatnya yang sangat bijak sering mencuit hati para peminat. Seindah namanya semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang berbakti buat kedua-dua orang tuanya apabila sudah dewasa nanti.

Sumber: ig cerita artis malaysia

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!