Connect with us

Hiburan

“Hati-hati Tokti, jgn kayuh tengah2 jalan ghisau”- Netizen

Published

on

Erinsakura Be0b8aadb1cc756d8482a3c6f03c9a47

Aktiviti berbasikal kini menjadi trending dalam masyarakat Malaysia. Tidak dinafikan, berbasikal antara senaman yang baik untuk kesihatan tubuh kita. Lihat lah di taman rekreasi mahupun di jalan raya, pasti ada saja yang berbasikal pada waktu pagi dan petang. Yang penting, kena sentiasa utamakan keselamatan anda dan sentiasa berhati-hati. Buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza kini kelihatan aktif semula dengan hobinya iaitu berbasikal.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Setiap masa ada saja aktiviti berbasikal yang dilakukan Datuk Siti Nurhaliza atau dikenali dengan Tokti ini bersama suami tercinta. Walaupun usia sudah memasuki 40 tahun, Tokti masih cergas dan aktif bersukan.

Erinsakura 454860c5d6194b11bdda32121ce1ce9b

Baru-baru ini, Tokti berkongsi foto rutin hujung minggu berbasikal bersama suami dan rakan-rakan. Selepas sekian lama berehat, Tokti mula berkayuh di kawasan Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Tokti aktif berbasikal namun berehat seketika selepas mengandungkan Afwa. Selesai berpantang, Tokti muncul kembali dengan aktiviti berbasikal.

Erinsakura 68c999c9eb1c9834dd7c29bc6265ee81

Semangat betul tengok Tokti berbasikal, cukup cergas walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

Foto Tokti yang terbaru ini telah menjadi tumpuan peminat-peminatnya. Ramai menasihati Tokti supaya utakan keselamatan apabila berbasikal di tengah Kuala Lumpur.

Erinsakura 2dffb54d9adbef7c2b0246b21c26e447

Malah, ramai memuji Tokti yang sentiasa tampil menutup aurat dengan sempurana ealaupun bersukan dan apa saja aktiviti sukan yang dilakukan pasti ditemani suami. Romantik sungguh Tokti dan Datuk K.

“Sweet lah tengok Tokti dengan husben ni, memanjang berkepit romantik couple”- Netizen

Erinsakura 48902592d4ce4458bce25c78478b4b3e

Sekarang ni memang musim orang main basikal. Nampak best tapi jangan lupa utamakan keselamatan ya. Malang tidak berbau..

Sumber: Instagram Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!