Hiburan
“Cute ja Kak Maya cakap Sarawak” – Netizen
Baru-baru ini aktress jelita Maya Karin sedang sibuk pengambaran trailer untuk sebuah teater Puteri Santubong yang akan dipersembahkan pada bulan Disember tahun ini. Penampilan Maya disini sangat menarik dan benar-benar kelihatan seperti seorang puteri pada zaman dahulu kala. Ditambah lagi dengan suasana serta pemandangan menghijau yang dikelilingi dengan bukit bukau, rasanya seperti kembali ke zaman lampau berpuluh-puluh tahun yang lalu.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Maya memang popular di kalangan rakyat Malaysia disebabkan oleh kebolehan serta bakatnya dalam bidang lakonan. Ramai yang meminati Maya bukan sahaja disebabkan oleh bakatnya dalam dunia seni, tetapi juga disebabkan oleh kecantikan serta kejelitaan semulajadi pelakon kacukan Jerman ini.
Menerusi rakaman live berdurasi selama lapan minit yang dikongsikan melalui akaun Instagram milik Maya, Maya bersama-sama dengan barisan pelakon serta staff sedang berehat di salah satu kediaman yang terdapat di Sarawak Cultural Village.
Maya tampaknya sedang berusaha untuk mempelajari beberapa perkataan Sarawak yang sering digunakan dalam kehidupan sehari-harian.
Maya mengaku berasa sedikit bingung dengan bahasa Sarawak kerana kebanyakan perkataan Sarawak membawa maksud yang berlainan dari bahasa Melayu.
Maya juga berkata bahawa bahasa Melayunya juga belum berapa fasih disebabkan dia menetap di Indonesia sehingga berumur 17 tahun, dan sekarang dia mempelajari pula bahasa Sarawak. “I will be learning Sarawakian in the next two months tapi nampaknya saya akan double triple confused” luah Maya.
Video live ini yang dikongsikan Maya pada hari kemarin telah mendapat sebanyak 13,296 tontonan dan 38 komen daripada para followers serta peminat Maya.
Sempat juga netizen yang mungkin berasal daripada Sarawak memberi peringatan kepada Maya agar berhati-hati sewaktu berlakon menjadi Puteri Santubong.
Maya kelihatan begitu teruja dengan watak yang dibawanya ini, mungkin disebabkan oleh budaya serta bahasa baru yang dapat Maya pelajari di Sarawak. Cerita Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang memang cukup terkenal dalam kalangan orang Sarawak malahan dijadikan sebagai cerita rakyat.
Lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang diceritakan turun temurun daripada generasi yang lama kepada generasi yang baru.
Sudah pasti pelakon yang mendapat banyak anugerah ini dapat menjiwai 100% watak Puteri Santubong. Tidak sabar rasanya mahu menonton teater Maya kali ini, lagi-lagi apabila dia membawa watak sejarah yang muncul sejak beribu tahun yang lalu di negeri Sarawak. Selamat berjuang untuk mempelajari bahasa Sarawak ya Maya.
Sumber: Instagram Maya
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen