Connect with us

Hiburan

“Cakap Mandarin boleh, baca Al-Quran pun boleh”- Netizen

Published

on

Erinsakura 87f1cc49b859e955c9612529c2e49fb2

Belajar membaca dan mendalami Al-Quran sememangnya penting buat kita yang beragama Islam. Tidak kira tua atau muda, kita masih boleh pelajari bacaan Al-Quran dengan lebih lancar lagi. Buat anak muda, inilah masa yang terbaik buat mereka untuk menghafal dan memahami ayat-ayat Al-Quran dengan lebih mendalam. Di zaman serba canggih ini, pelbagai kaedah yang mudah untuk kita pelajari Al-Quran antaranya dengan menggunakan Al-Quran digital.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Di usia yang baru mencecah 11 tahun, anak tunggal pelakon Nabila Huda iaitu Keisha mempelajari Al-Quran dengan cukup bersungguh-sungguh. Kedungguhan Keisha mempelajari ayat Al-Quran membuatkan ibunya turut berbangga dengan pencapaian anaknya.

Erinsakura 740d1ad99cb3f6c00dbbfee5dc7bdc79

Reaksi Keisha yang bersungguh untuk mempelajari ayat Al-Quran dikongsi oleh Nabila Huda di lamna Instagramnya.

Video tersebut menunjukkan Keisha lengkap bertelekung sambil membaca Al-Quran dengan khusyuk.

Erinsakura 398bd05d69304895e8eb06a33dfc9817

Rata-rata netizen memberi sokongan buat Keisha menerusi ruangan komen. Melihat pada anak kecil ini, ia sememangya seorang yang rajin untuk belajar.

“Bagusnya Keisha kecik2 dah rajin baca al-quran, Takpe biar belajar dulu lama-lama mesti pandai baca quran”- Netizen

Erinsakura 93e7d6d58c2d36c168f71d1bf6b03d84

Video yang dimuatnaik Nabila telah ditonton sehingga 137,000 dan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen di ruangan komen.

Selain mempelajari Al-Quran, Keisha turut lancar berbahasa Mandarin selepas beberapa bulan memasuki kelas bahasa ketiga itu. Setiap aktiviti yang dilakukan Keisha sering dikongsi oleh ibunya. Bagus betul Keisha, nampak semangat je muka nak baca dan hafal Al-Quran..

Sumber: instagram kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!