Umum
“Ni org paling berjasa dlm keluarga, dari Ibrahim smpi Raudhah dia jaga” – Datin Shahida

Sebagai ibu bapa yang berkerjaya, amat sukar sekali untuk dua insan ini mempercayai sesiapapun dalam menjaga anak-anak kita. Namun, demi menjana pendapatan, ibu bapa pasti mahu bekerja dan memerluukan pertolongan orang luar untuk menjaga dan melindungi anak-anak masing-masing. Makanya, ibu bapa dengan tidak rela hati terpaksalah melepas tangan buat sementara waktu kepada orang yang bertauliah dalam penjagaan anak sehinggalah mereka pulang dari kerja.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Di dalam Malaysia, bukan terdapat perkhidmatan nurseri kanak-kanak sahaja, malah ada juga yang boleh mendapatkan khidmat pembantu rumah bagi menjaga anak-anak dan rumah untuk ibu bapa yang berkerja. Begitu jugalah usahawan wanita terkenal, Datin Shahida, yang juga menggunakan khidmat pembantu rumah untuk membantunya dalam menjaga anak-anaknya yang ramai.
Ramai netizen sudah ketahui bahawa keluarga Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida menggunakan ramai khidmat pembantu rumah. Namun, dalam kesemua pembantu rumah mereka, Datin Shahida kelihatan selalu bersama dengan seorang bibik yang dikenali netizen sebagai Bibik Tudung dan Datin meluahkan rasa syukur beliau kerana dikurniakan seorang pembantu rumah yang ikhlas dalam pekerjaannya.
Mengikut Datin Shahida, pembantunya itu yang paling banyak berjasa padanya dan sudah setia dengannya dari ketika anaknya, Ibrahim masih kecil lagi. Beliau berkata lagi pembantunya itu seorang yang cermat orangnya dimana pembantunya menyimpan rapi baju-baju bayi Ameena di dalam satu kotak dan sekarang baju itu telah muat digunakan oleh anak bongsu Datin, Raudhah.
Netizen sangat memuji sifat pembantu Datin Shahida kerana bukan senang untuk dapatkan seorang pembantu yang berlainan warganegara yang punyai sifat yang jujur dan ikhlas seperti Bibik Tudung. Ada juga yg kata bahawa nampak jelas keikhlasan Bibik Tudung menjaga anak-anak majikan dan kadang kala terasa kasihan kepada pembantu itu kerana sering kelihatan keletihan.
Sebagai majikan, apabila kita punyai pekerja yang sangat setia dan ikhlas bekerja bersama kita, kita haruslah mengingati jasa mereka ini kerana tanpa mereka, barang kali kita tidak dapat mencapai sesuatu perkara yang kita kejari dalam hidup kita.
sumber : ig shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh Cite Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan4 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan5 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum5 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Hensem anak apek, pengantin pompuan tu dh mcm muka syuhada ex wife Hafiz Rosdi tu” – Netizen
-
Hiburan4 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen