Connect with us

Umum

“Dato jgn risau nak lembutkan dia, bagi Cik B masa tanpa paksaan” – Netizen

Published

on

Erinsakura Dd14afa7557f5be569c5ee56225d297f

Setiap anak yang kita ada punyai sifat personaliti mereka yang tersendiri. Kita harus akui sebagai ibubapa kadang kala kita tidak kenali seratus peratus personaliti sebenar anak-anak kita dan potensi personaliti tersebut terhadap masa depan anak-anak kita. Namun, sebagai ibubapa, kita harus menyokong apa sahaja minat anak itu kerana kadang kala minat itu yang membuatkan anak itu punyai semangat untuk melaksanakan sesuatu sehingga berjaya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sebagai ibubapa juga, kita harus akui kita pasti akan ada perasaan risau akan anak mereka dan kadang kala kurang pasti akan kebolehan personaliti anak-anak kita. Begitulah yang dirasakan oleh seorang usahawan berjaya dan ibu tunggal, Dato Seri Vida terhadap anaknya yang dikenali sebagai Cik B.

Erinsakura 1a627d1a8954a92a07790075986d6c81

Kita sudah kenali sifat Cik B yang lebih maskulin dari feminin membuatkan ibunya kadang kala risau kan anaknya itu. Selalu dilihat Dato Seri Vida selalu mencuba untuk mengubah sifat anaknya itu ke lebih feminin namun Cik B lebih selesa memilih pemakaian yang lebih longgar dan maskulin. Baru-baru ini, Dato Seri Vida ada berkongsi sebuah video dimana Cik B sedang bermain dengan trak forklift di gudang perniagaan ibunya.

Didalam video tersebut, Cik B dilihat seronok mengendalikan trak ‘forklift’ di dalam gudang perniagaan ibunya. Didalam kapsyen Dato Seri Vida, Dato Seri Vida mengatakan bahawa Cik B suka akan perkara yang ‘gan4s’ dan lasak dan beliau meminta cadangan bagaimana hendak melembutkan sifat Cik B.

Netizen kebanyakannya meminta Dato Seri Vida bersabar dengan personaliti anaknya itu dan lama kelamaan akan Cik B akan berubah dengan sendirinya. Ada juga yang mengatakan Dato tidak risau akan sifat anaknya itu kerana sifat itu akan berubah tanpa paksaan. Ada juga yang berseloroh mencadangkan supaya Cik B bergaul dengan Dato Aliff Syukri untuk mendapatkan personaliti feminim.

Erinsakura 49067310ffe02ef6485614685d03e2b1

Personaliti ini akan berubah ikut peredaran masa dan pergaulan rakan-rakan sebayanya. Makanya, sebagai ibubapa, Dato Seri Vida harus bersabar dan menyokong apa sahaja minat anaknya itu asalkan ianya tidak tersasar dari agama kita.

sumber : ig datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!