Connect with us

Umum

“Wow Uqasha mmg dari kecik model ek” – Alha Alfa

Published

on

Erinsakura 18a5ca4e72f812fcd00baa9f70c1b451

Memori ketika kita membesar adalah memori yang harus diingati dan harus disimpan didalam album dan di hati. Melihat diri sendiri membesar mengingatkan kita segala apa yang pernah dirasai selama kita hidup. Foto gambar kita juga menonjolkan bahawa banyak perubahan yang telah berlaku pada diri kita selama ini dan pahit manis yang kita tempuhi.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Setiap orang juga punyai memori yang manis bersama saudara mara kita. Begitu jugalah seperti adik beradik artis jelita, Nelydia dan Uqasha Senrose yang sudah diketahui ramai mempunyai saudara rapat yang juga golongan artis iaitu Apreena dan Oktovia Manrose.

Erinsakura 884196449fd61d6c260b7cc42a93f27a

Bukan itu sahaja, mereka berempat adalah saudara yang sangat rapat dan menyayangi antara satu sama lain seperti adik beradik dari kecil lagi. Baru-baru ini, Aprena Manrose berkongsi sebuah video dimana mereka meniru kembali aksi mereka ketika mereka kecil.

Video itu menunjukkan Nelydia, Uqasha, Apreena dan Oktovia ketika mereka kecil. Terlihat juga Apreena dan Oktovia ketika kecil memakai pakaian yang sama warna iaitu warna kuning.

Ramai yang suka melihat ahli keluarga ini dan ada segelintir rakan artis yang terhibur melihat aksi mereka. Seperti Nora Danish yang mengatakan Uqasha berpakaian lelaki ketika kecil sepertinya dulu dan jurusolek terkenal, Alha Alfa juga memuji Uqasha yang pandai bergaya ketika kecil dan menanya adakah beliau seorang model dari kecil lagi.

Erinsakura Ede51c5eadf45bdc3421861022e814fd

Sememanngnya zaman kanak-kanak adalah yang paling terindah. Sebaiknya memori indah tersebut haruslah diingati kerana ia mengingatkan kita pahit manis kehidupan yang telah kita tempuh selama ini.

sumber : mrsaprenamanrose

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!