Connect with us

Hiburan

“Ya Allah kalau semua org macam Nana bahagianya dunia” – Netizen

Published

on

Selalu kepala berserabut memikirkan masalah sendiri dan orang lain? Kadang jadi tekanan pula bila apa yang terjadi di sekeliling tak seperti apa diharapkan dalam perancangan kita. Semuanya gara-gara terlalu mengharapkan kepada orang lain. Begitupun perkongsian penyanyi dan penyampai radio, Nana Mahazan ini agak menarik untuk dihayati jika berhasrat mengurangkan keserabutan itu.

Berkongsi tip yang diambil daripada bapanya, kata Nana terdapat tiga ‘benda’ yang perlu diingati dalam hidup. Jika ia dikuti seseorang itu akan berasakan tenang, menang dan insyaAllah senang.

Pertama beritahu Nana, seseorang yang mahu menghilangkan rasa tak keruan itu perlu akur dan tahu bahawa manusia bersifat berbeza-beza. Cara pembesaran, persekitaran, pemahaman berbeza.

Begitu juga dengan tahap pembelajaran dan sebagainya adalah berbeza. Jika kita faham setiap orang adalah berbeza, Nana menyoal adakah kita akan stres jika orang lain itu tak buat macam apa yang kita mahu?

Stres berlaku apabila kita selalu fikir kenapa orang tak buat macam mana apa ada dalam kepala kita. Kedua kata Nana, usah mengjangkakan sesuatu daripada sesiapa. Maksudnya, kita harus menerima apa jua yang berlaku.

 

Ia bagi mengelakkan apabila apa kita jangkakan daripada seseorang tu tak kita dapat, kita takkan rasa kecewa dan sedih. Justeri katanya, pengharapan haruslah hanya kepada Allah yang satu.

Jadi harus selalu berlapang dada dan berhusnuzon, selain berfikiran baik dan terbuka. Sementara point yang ketiga katanya, jangan biarkan orang lain merencana atau tukar mood kita.

Maksudnya kata Nana jangan biarkan orang lain mudah mempengaruuhi kita. Kesimpulannya beritahu Nana jika ketiga-tiga itu berjaya diikuti seseorang itu akan tenang, senang dan menang.

Menariknya apa dikongsikan itu diakui oleh kebanyakan netizen dan pengikut Nana. Nampaknya semenjak bertudung ini dia bukan saja semakin cantik, tetapi Nana sentiasa berfikiran positif.

“Allahuakbar..kata2 nana buat saya bangun balik..saya betul2 down n stress kerana perbuatan orang”, “Nasihat yg sangat baik”, “Agreed sgt2..selalu berlapang dada dlm semua perkara.” Itu antara komen netizen. Moga memberi inspirasi…

Sumber : IG Nana Mahazan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

 

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!