Connect with us

Hiburan

“Xde org nk styling kan rambut dia ke”- Netizen

Published

on

Sekitar April yang lalu, Anis Sofea yang merupakan isteri kepada penyanyi dan komposer terkenal Haqiem Rusli telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila beliau hanya meningg4lkan tiga keping foto dalam laman Instagram peribadi miliknya. Tindakan isteri kepada Haqiem Rusli itu lebih mencetuskan persoalan apabila memadam foto-fotonya bersama Haqiem dan meningg4lkan salah satu gambar dalam keadaan dirinya tidak berhijab.

Namun begitu, status rumah tangga Haqiem kembali reda apabila di beberapa perkongsian Instagram saudara mereka mendapati penyanyi lagu Terg4ntung Sepi itu masih menyambut Aidilfitri seperti biasa bersama isterinya walaupun kelibat Anis tidak kelihatan menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di Instagram Haqiem sendiri.

Sementara itu, ibu kepada Haqiem sendiri juga ada memberikan komen bahawa anak lelaki dan menantu perempuannya itu masih lagi menjalani kehidupan berumahtangga seperti biasa.

Sejak membuat pendedahan bahawa dirinya tidak lagi mengenakan hijab, sehingga kini Anis masih lagi menutup ruangan komen di laman Instagram peribadi beliau dipercayai bagi mengelak diserbu komen daripada para netizen yang kurang setuju dengan tindakan beliau.

Anis atau nama lengkapnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri kini lebih selesa untuk berkongsi perkembangan dirinya dan aktiviti seharian beliau menerusi InstaStory berbanding memuatnaik post berkenaan di feed Instagram.

Sebagai rekod, Haqiem dan Anis selamat mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 di Cyberjaya. Namun, pasangan muda itu masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun tiktok nblhzklfly, satu hantaran video mengenai perkembangan terbaru Anis yang merupakan isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli itu telah di muatnaik.

Di dalam video yang di kongsikan itu, Anis di lihat sedang menurunkan tanda tangan di salah satu poster produk keluaran usahawan terkenal Sha Hassan.

@nblhzlkfly_

Replying to @Yenz Canai Takaful Consultant yes anis sofea new ambassador for mixberry limited edition laurel b

โ™ฌ original sound – ๐“ข๐”‚๐“ช๐“ฝ๐“ฎ๐“ท ๐ŸŒธ – ๐“ข๐”‚๐“ช๐“ฝ๐“ฎ๐“ท ๐ŸŒธ

Menurut kapsyen yang di tulis bersama perkongsian video tersebut, Anis Sofea di percayai telah di lantik sebagai duta produk terbaru keluaran syarikat usahawan terkenal berkenaan iaitu Mixberry Limited Edition Laurel B.

Di sebalik kemeriahan acara perlantikan Anis Sofea sebagai duta terbaru produk kecantikan itu, netizen bagaimanapun cenderung untuk melihat gaya serta penampilan Anis yang hadir ke majlis tersebut.

Meskipun mempunyai wajah yang jelita dan tubuh ramping tinggi lampai namun penampilan Anis ke majlis berkenaan di kritik oleh netizen kerana beliau tidak menggayakan rambutnya dengan kemas.

Menjengah keruangan komen, gaya rambut Anis yang bersahaja seperti berada di rumah itu menerima teguran oleh netizen yang mahukan beliau tampil dengan lebih kemas apatah lagi hadir di dalam acara seperti majlis perlantikan duta produk.

Segelintir netizen juga lebih menyukai dan memuji penampilan Anis yang bertudung sebelum ini dan merasakan Anis lebih cantik dan manis bertudung berbanding gaya dan penampilan beliau sekarang.

Rambut Anis yang tidak di dandan dan di gayakan dengan kemas itu mengundang komen nakal netizen antaranya yang berkata rambut Anis seperti rambut baru bangun tidur, rambut tengah masak dan rambut selepas mandi. Malahan tidak kurang juga yang menyamakan wajah Anis seiras dengan Kak KM. Berikut di kongsikan komen netizen.

Semoga komen yang di berikan oleh netizen ini di ambil dan di pandang dari sudut positif oleh Anis. Seperti mana yang telah di nasihati oleh netizen, kebiasaannya untuk majlis yang formal seperti perlantikan sebagai duta produk penampilan seseorang duta juga menjadi tumpuan dan tarikan buat bakal pembeli supaya membeli produk yang di promosikan itu.

Hal ini kerana, adakalanya respon daripada para peminat yang juga bakal pembeli ini akan mempeng4ruhi jualan produk yang di promosikan oleh duta tersebut.

Sumber: tiktok nblhzklfly

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!