Connect with us

Hiburan

“Woww dapat berlakon dengan Thor” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 3d3c62a4ed81f0a88c5f275e48aba2a6

Apa perasaan anda sekiranya dapat bertemu dengan bintang terkenal Hollywood dan merakamkan gambar kenangan bersama mereka, pastinya pengalaman berkenaan cukup berharga dan menjadi kenangan manis buat seumur hidup. Begitu lah juga yang di lalu oleh pelakon Dato Aaron Aziz yang telah menerima jemputan ke tayangan perdana filem antarabangsa Extraction 2 di Filipina. Apatah lagi menerima jemputan eksklusif sebagai seorang pelakon aksi.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Tayangan perdana filem Netflix ‘Extraction 2’ itu menyaksikan kehadiran ramai selebriti serantau, para pengamal media, pempeng4ruh media sosial dan juga dan para peminat hadir untuk menyokong sidang akhbar dan tayangan perdana filem itu di sana.

World Wide24.com F3ec24cd50cfd248b160abbc018c8735

Oleh itu menerima jemputan ke tayangan filem antarabangsa berkenaan oleh Dato Aaron pastinya menjadi peristiwa yang cukup membanggakan dalam rekod kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Dato Aaron Aziz juga membuat ramai peminat merasa ‘cemburu’ selepas dia berpeluang berjumpa dengan bintang terkenal Hollywood, Chris Hemsworth yang popular dengan watak superhero, Thor itu.

World Wide24.com 968ebb0066f019f5000019d21587308e

Peluang untuk bertemu dengan pelakon utama Extraction 2 itu merupakan salah satu ‘rezeki yang diganti’ daripada insiden tular yang berlaku baru baru ini meskipun insiden berkenaan sedikit sebanyak mencalarkan imej Dato Aaron sebagai pelakon aksi.

Sebagai rekod sebelum ini nama Dato Aaron terpalit k0ntroversi apabila kecoh diperkatakan mengenai isu pelakon berkenaan telah digugurkan daripada filem The Original Gangster (TOG) yang diarahkan Syamsul Yusof.

World Wide24.com 4898905e09b05ff7b859a32a561cbb71

Menerusi satu perkongsian di media sosial Dato Aaron, beliau berkongsi satu hantaran sebagai kejutan kepada para peminatnya.

Di dalam hantaran berkenaan, Dato Aaron memuatnaik video dirinya menerima jemputan untuk hadir ke acara promosi dan tayangan perdana filem luar negara iaitu filem Extraction 2 yang di lakonkan oleh pelakon Hollywood iaitu Chrishemsworth yang juga merupakan pelakon filem Marvel Thor.

@therealaaronaziz

Alhamdulillah ini lah surprise yg Abg katakan. ALLAH knows best.@NetflixMY @NetflixFilm : #TylerRakeLives #Extraction2PH Fight scenes GEMPAK gila!! 100 times better than Fast X. @chrishemsworth @samhargrave (Director) @iedilputra #f #fyp #fy #fypシ #aaron #aaronaziz #fypシ゚viral

♬ DJ PAIJO MUMET NDASE CR yt Yanz – Zeus66`music☠️

Acara tayangan perdana berkenaan di adakan di Filipina dan Dato Aaron juga telah berlepas ke sana bersama seorang lagi pelakon aksi iaitu Iedil Putra untuk bertemu dengan para pelakon filem tersebut.

Kehadiran Dato Aaron Aziz ke sana ternyata mengejutkan para peminat beliau. Malahan Dato Aaron juga di jemput untuk naik ke atas pentas untuk merakamkan gambar bersama pelakon tersohor Hollywood Chrishemworth itu bersama pengarah filem Extraction sendiri iaitu Sam Hargrave.

World Wide24.com 2848169e1439624e2468565c5870b106

Dato Aaron juga mempromosikan filem berkenaan menerusi media sosial beliau dengan mengatakan bahawa adegan aksi di dalam filem tersebut 100 kali lebih hebat dan mampu menandingi filem Fast X yang telah di tayangkan sebelum ini.

Ramai peminat menyifatkan pelakon filem KL G4ngster tersebut sangat bertuah kerana telah menerima jemputan ke tayangan perdana filem antarabangsa berkenaan apalagi dapat bertemu dan merakamkan gambar kenangan bersama pelakon utama filem tersebut iaitu Chrishemsworth.

World Wide24.com 54c658247d73b5a950039e79e02c53de

Netizen juga mengucapkan tahniah kepada Dato Aaron kerana cukup bertuah untuk terpilih ke acara tayangan perdana filem berkenaan.

Netizen juga berkata Dato Aaron juga berada di dalam kelasnya yang tersendiri kerana telah di jemput ke acara bertaraf antarabangsa. Rata- rata netizen meluahkan rasa teruja dan gembira apabila melihat Dato Aaron berada di atas satu pentas dengan Chrishemsworth.

Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang mengaitkan pencapaian Dato Aaron ini dengan seolah-olah memerli pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang pernah menggugurkan nama Aaron daripada senarai pelakon filem The Original Gangster (TOG) sebelum ini. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com D8c38b8593cc6261ec27b2a7a7d60813

Betul kata netizen, walaupun sebelum ini Dato Aaron berdepan dengan isu yang agak k0ntroversi melibatkan kerjayanya namun ternyata rezeki tidak pernah salah alamat apabila bakat Dato Aaron sebagai pelakon aksi mendapat perhatian di acara peringkat antarabangsa.

Sumber: tiktok therealaaronaziz

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!