Connect with us

Hiburan

“Wow pencabar Aina Abdul ni”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 1f6923befa2a1b730e548cb698d001ef

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lantang Ziana Zain. Nama penyanyi dan pelakon popular itu mula meniti di bibir peminat sejak beliau muncul dengan lagu lagu hit seperti Madah Berhelah, Berpisah Jua dan Puutus Terpaksa. Beliau juga kerap di gandingkan dengan pelakon Erra Fazira sebagai adik beradik menerusi filem Maria Mariana dan beberapa lagi filem lain.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Bagaimanapun sejak beberapa tahun sebelum ini, di sebabkan pandemik, aktiviti seni penyanyi dan pelakon versatile ini terpaksa di perlahankan.

World Wide24.com 95218bcf65b2b4127aaafe3a258de235

Ziana Zain juga melalui tempoh sukar setelah berpisah dengan suaminya dan beliau juga mengambil masa untuk berehat untuk memberikan perhatian terhadap anak- anak dan keluarganya.

Beliau juga mendedahkan pernah mengalami kemurungan ekoran melalui fasa kehidupan yang sangat getir tersebut. Emosinya juga terjejas dek kerana menerima pelbagai tohmahan yang menyakitkan hanya di sebabkan bergelar ibu tunggal.

World Wide24.com 2eb6fd9d3b8a92ec0ddc0f5c17dec31a

Setelah hampir 15 tahun tidak muncul dengan lagu baru, Ziana akhirnya terbuka hati untuk menyumbangkan suara berduet dengan seorang pendatang baru dalam dunia seni iaitu Hasif Upin menerusi lagu Waktu.

Ziana berkata hati beliau terbuka untuk merakamkan lagu berkenaan setelah mendengar demo lagu tersebut buat pertama kali. Menurut Ziana, beliau ingin menghadiahkan lagu single tersebut kepada para peminat kesayangan yang tidak jemu menyokongnya selama ini.

Menerusi perkongsian terbaru Ziana di Instagram, penyanyi tersebut memuatnaik beberapa keping gambar busana yang di gayakan beliau di dalam muzik video lagu Waktu.

Pelantun lagu Madah Berhelah tersebut juga merakamkan ucapan terima kasih beliau buat pereka fesyen busana berkenaan.

Ziana juga turut berkongsi ucapan penghargaan pereka baju tersebut di instagramnya di samping mengingatkan para peminat beliau supaya mendengar lagu terbaru nyanyian beliau itu saluran Youtube Armani Entertainment.

World Wide24.com A594c5a29841cd01c6c757da296b7c79

Mengintai ke ruangan komen, rata rata netizen berbahagi pendapat mengenai rekaan busana yang di sarung oleh Ziana Zain itu. Ada segelintir yang menyukai busana berkenaan namun tidak kurang juga peminat yang kurang berkenan melihat penyanyi kesayangan mereka berpakaian sedemikian.

Menurut seorang individu, busana yang di sarung oleh Ziana Zain itu mirip sekali seperti busana yang selalu di gayakan oleh Aina Abdul dan berkata Ziana Zain bakal menjadi pencabar Aina Abdul. Malahan Ziana juga menggunakan pereka fesyen yang sama seperti Aina Abdul. Berikut di kongsikan komen netizen berkenaan.

World Wide24.com 9a02a6288cb55916c3bf07719c371809

Lagu Waktu merupakan buah tangan terbaru Ziana Zain setelah 15 tahun tidak muncul dengan lagu baru. Muzik video Waktu di lancarkan dengan konsep fantasi yang berbeza dari lagu sebelumnya di sebabkan itu, busana Ziana Zain di dalam muzik video tersebut juga kelihatan seperti watak fantasi.

Sumber: ig iamzianazain

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!