Hiburan
“Walaupun anak-anak dah besar panjang, masih nak disuap”- Jasmin Hamid
Kasih ibu sememangnya membawa ke syurga. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan pengorbanan seorang ibu demi membesarkan anak-anaknya sehinga menjadi insan yang berguna. Begitu
juga buat pelakon Jasmin Hamid, seorang ibu yang sanggup berhempas pulas bekerja untuk membesarkan
ketiga-tiga orang anaknya. Kerjaya sebagai pelakon semestinya antara sumber rezeki buat pelakon senior ini.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Seperti yang ramai ketahui, Jasmin mempunyai dua orang anak angkat iaitu
Rohana dan Lukhman Hakim masing masing berusia 29 tahun serta 20 tahun yang dibesarkan sejak Jasmin berusia 20 tahun manakala Ian Haziq,16 merupakan anak kandungnya. Hubungan kekeluargaan mereka cukup mesra dan kelihatan bahagia bersama. Meskipun Jasmin mempunyai dua orang anak angkat dan seorang anak kandung, kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak pernah berbelah bagi. Jelas sekali sayangnya Jasmin terhadap semua anaknya.
Malah, Jasmin sendiri akui sentiasa menyuapkan makanan buat anak-anaknya sejak kecil sehingga mereka kini sudah bergelar remaja. Begitulah kasihnya seorang ibu buat anak-anak, memang tiada batasan.
Sementara itu, posting video Jasmin Hamid bersama anak-anaknya pada mulanya bertujuan untuk mempromosikan juadah makanan berbuka dan telah ditonton sehingga 74,000 tontonan.
Namun, video Jasmin menyuapkan dua orang anak bujangnya telah menarik perhatian peminat-peminatnya dan ternyata menyentuh hati orang ramai dengan kapsyen yang ditulis Jasmin sendiri.
Rata-rata netizen memuji sikap penyayang Jasmin terhadap anak-anaknya dan turut menjadi inspirasi buat golongan ibu yang lain.
“Bestnya ibu suap makan nasi. Saat ni yang seronok sangat dalam hidup bukan selalu dapat bila dah meningkat dewasa- Netizen
“Ibu yang penyayang”- Netizen
“Ya Allah, tingginya kasih sayang akak dekat anak-anak”- Netizen
Jawapan tenang dari Jasmin pada salah satu komen netizen mencuri tumpuan.
“Ibu juga harus bertimbang rasa bila anak lelaki dah kahwin, ibu tak boleh selfish kena always positive baru happy family”- Jasmin Hamid
Rakan-rakan artis juga tidak ketinggan memberi komen pada posting Jasmin.
Penyayang sungguh Jasmin Hamid dengan anak-anaknya. Selalu suapkan anak-anak makan, betul lah orang kata suapan ibu paling sedap di dunia. Tak ada tandingannya..
Sumber: instagram Jasminhamidjh
Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen