Connect with us

Hiburan

“Vibe dia mcm Shuib jadi cameo dulu”- Netizen

Published

on

Pp Ink

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah pepatah yang paling sesuai untuk menggambarkan nasib seorang pemuda yang dikenali sebagai Ryan Bakery. Beliau merupakan seorang personaliti media sosial yang namanya kini begitu hangat di platform TikTok. Beliau mula membuat konten di Tiktok sejak PKP tahun sebelum ini, kini konten-konten yang di hasilkan mendapat perhatian ramai.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Meskipun pada awalnya ramai yang salah sangka dengan nama Bakery kerana beranggapan beliau pemilik kedai roti, namun undangan ke rancangan Meletop telah memberi peluang untuk beliau menjelaskan kepada orang ramai bahawa nama Bakery berkenaan adalah nama bapa beliau.

Ryan 5

Berminggu-minggu nama beliau menjadi sebutan netizen, malah kejayaan demi kejayaan diperolehnya mengundang rasa bangga buat peminat yang sekian lama mengikuti kontent dihasilkannya berdasarkan zaman kanak-kanak dan persekolahan.

Konten yang telah di sediakan oleh beliau itu ternyata berjaya menaikkan namanya di media sosial kerana dekat di hati masyarakat serta berkisarkan kehidupan di tahun 90an.

Populariti yang di raih Ryan Bakery juga telah melayakkan dirinya di tawarkan menjadi Ikon BubbleBee serta bergandingan dengan Shuib Sepahtu bagi menjalankan perniagaan BubbleBee.

Ryan 4

Terbaharu, Ryan Bakery menjadi tetamu jemputan di sebuah rancangan komedi popular Sepahtu Reunion Live. Menerusi Instagram zon lawak, satu video yang memaparkan sedutan kemunculan Ryan Bakery di rancangan berkenaan telah di kongsikan.

Ternyata kepuutusan Sepahtu Reunion Live untuk mengundang Ryan Bakery pada malam tadi begitu menggembirakan para peminat. Studio juga di gegarkan dengan sorakan penonton Sepahtu Reunion Live yang memberikan sokongan buat Ryan Bakery.

Mana tidaknya, selepas muncul di beberapa program, akhirnya Ryan Bakery muncul di rancangan lawak bersama kumpulan Sepahtu. Apatah lagi bergandingan dengan Jep Sepahtu.

Ryan 7

Tidak berseorangan, Ryan muncul bersama rakan baiknya yang sering membuat konten bersama iaitu WanChai. Suasana studio Sepahtu Reunion Live juga semakin gamat dengan kehadiran mereka berdua apabila kedua-dua selebriti TikTok itu juga memiliki bakat yang tidak di sangka- sangka untuk menghiburkan orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka merasa sangat terhibur dengan episode malam tadi. Kehadiran Ryan dan Wan Chai berjaya mencetuskan lagi kekecohan dan suasana riuh para penonton yang begitu terhibur dengan persembahan sketsa malam tadi. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan di ruangan komen.

Ryan 2

Ramai juga netizen yang turut memberitahu mereka menonton episode malam tadi disebabkan Ryan Bakery.  Ramai betul yang teruja dengan kemunculan selebriti Tiktok tersebut pada malam tadi.

Mereka berdua mempunyai bakat tersendiri yang mana Ryan Bakery dengan perwatakan selambanya dan WanChai hanya berbekalkan wajahnya sahaja sudah berhasil mencetuskan tawa buat peminat.

Sumber: Instagram zon lawak.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!