Hiburan
“Ulang banyak kali sebab nak tengok mak Mael menari” – Netizen
Penyanyi dan penulis lagu yang baru berusia 20 tahun ini baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran pada 13 April yang lalu. Nama penyanyi Ismail Izzani mula di kenali selepas lagu nyanyian beliau iaitu Sabar menjadi fenomena beberapa tahun lepas.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Video muzik lagu berkenaan juga mendapat tontonan yang menggalakkan di laman Y0utube. Ismail Izzani mempunyai ramai peminat kerana bakat besarnya dalam bidang muzik.
Ismail Izzani atau lebih mesra di panggil Mael ini muncul di era kebanyakkan artis-artis baru bermula menerusi media sosial dan mereka ini digelar sebagai BBNU iaitu “Budak-Budak Baru Nak Up”.
Setelah hampir tiga tahun bergiat aktif sebagai penyanyi, Mael berjaya meletakkan nama sebaris dengan artis BBNU yang seangkatan dengannya.
Mewarisi bakat daripada ibunya, Mael ialah anak kepada seorang penyanyi yang pernah popular di era 80an iaitu Datin Suliza Salam.
Sehingga kini Mael telah mempunyai beberapa lagu single yang hit antaranya ialah Berserah (duet bersama Zizan Razak), Bidadari dan Hello (duet bersama Andi Bernadee).
Umum mengetahui bahawa Mael sangat rapat dengan ibunya. Menjadi satu-satunya anak lelaki dan bongsu dalam keluarga menyerlahkan sifat manja beliau bersama ibunya.
Kemana sahaja beliau pergi untuk memenuhi undangan nyanyian, pastinya akan ada bersama Datin Suliza yang sentiasa setia menemani.
Berkongsi sebuah video di Instagram, Mael telah mencabar ibunya untuk menari. Video tiktok berdurasi 21 saat itu menunjukkan Mael menari bersama ibu dan kakaknya.
Wajah ibu Mael yang kelihatan malu-malu dipermulaan video akhirnya berubah apabila tiba gilirannya untuk menari.
Gelagat anak beranak itu menari nyata menarik perhatian netizen. Sikap Datin Suliza yang sporting kerana sudi melayankan permintaan anaknya itu turut dipuji para netizen. Comel sungguh ibu Mael ni menari. Berikut dikongsikan komen daripada para netizen.
Nampaknya Mael pun dah terjebak dengan applikasi tiktok ni. Alahai comel je anak-beranak ni menari. Seronok tengok anak-anak yang meluangkan masa dengan ibu macam ni. Tengok ibu gembira kita pun pasti gembira.
Sumber : Instagram ismailizzani_
Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen