Connect with us

Hiburan

“Ul4r cuba nak makan Leo tapi tak berjaya” – Dayana Roza

Published

on

Dayana Rozaa 1 Ink

Hadirnya Ramadan begitu bermakna dalam kehidupan Mslim yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana bulan Ramadan yang mulia ini menjanjikan berbagai-bagai aneka keistimewaan dan ganjaran berlipat ganda yang disediakan Allah kepada Mslim yang benar-benar bertakwa kepada-Nya. Ramadan menuntut setiap Mslim supaya merenung dan bermuhasabah diri berkenaan persediaan dan amalan yang sepatutnya dilakukan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Buat pelakon cantik Dayana Roza, beliau dan keluarga juga menyambut Ramadhan kali ini dengan penuh sederhana bersama suami dan anak.

Dayana Rozaa 10

Pelakon ini mulai aktif dalam industri hiburan sejak tahun 2009 setelah beliau mendapat tempat ketiga menerusi program Anak Wayang.

Dayana Roza atau nama sebenar beliau iaitu Nur Dayana Binti Kamsun Baharin itu juga mulai di kenali ramai setelah memegang watak utama menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran pada tahun 2015.

Menyentuh mengenai hobi pula, kebelakangan ini, ramai artis yang mempunyai haiwan peliharaan mereka sendiri. Rata- ratanya mempunyai seekor kucing yang menjadi peneman setia mereka malahan sering berkongsi gelagat haiwan peliharaan berkenaan di media sosial masing- masing.

Dayana Rozaa 13

Antara selebriti yang di kenali mempunyai haiwan peliharaan yang cukup popular ialah pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Pasangan ini mempunyai seekor kucing yang sangat popular yang bernama Bujibu Chempel.

Namun begitu berlainan pula dengan pelakon drama Kabus Hati Laila ini apabila Dayana Roza memilih untuk memelihara seekor burung kakak tua untuk di jadikan sebagai haiwan peliharaan beliau.

Dayana sebelum ini pernah memuatnaik satu video yang memaparkan suasana ketika beliau terpaksa berpisah dengan burung kakak tua peliharaan beliau.

Dayana Rozaa 2

Burung kakak tua itu akan di hantar ke pusat latihan khas burung kakak tua kelolaan Parrot Mall Official. Latihan tersebut bakal mengambil masa selama sebulan.

Bagaimanapun gelagat burung kakak tua berkenaan yang manja di panggil sebagai Loki itu kelihatan sangat sedih dan sayu menarik perhatian Netizen.

Menyelak lembaran bulan Ramadhan kali ini, nasib pelakon cantik ini kurang bernasib baik apabila berkongsi detik cemas sewaktu sahur apabila seekor ul4r sawa nyaris membaham burung kakak tua peliharaan beliau.

Kisah ul4r sawa masuk kerumah bukanlah satu berita yang baharu namun sekiranya berlaku, insiden berkenaan sememangnya menakutkan memandangkan ul4r sawa merupakan seekor rptilia yang berbhaya.

Kongsi Dayana lagi di Instagram, ul4r berkenaan memasuki rumahnya sewaktu beliau dan suami selepas waktu sahur.

Menurut Dayana lagi, ul4r berkenaan cuba membaham burung kakak tuanya yang bernama Leo namun tidak berjaya.

Selepas itu, Dayana berkata ul4r tersebut masuk ke dalam kolam apabila mendengar suara suami beliau. Mungkin ul4r itu terkejut kerana kedengaran bunyi bising.

Dayana Rozaa 9

Kebetulan pula ketika itu suami Dayana sedang bersantai di hadapan rumah selepas bersahur. Namun beliau amat terkejut apabila mendengar suara suaminya itu menjerit.

Pada awalnya beliau menyangka rumahnya itu di masuki per0mpak. Namun akhirnya menyedari bahawa terdapat ul4r sawa yang berada di dalam kolam rumahnya.

Beliau kemudiannya terus menghubungi pihak bomba bagi menangkap haiwan reptilia berbhaya itu. Dayana mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Bomba yang bertungkus lumus menangkap ul4r berkenaan.

Dayana Rozaa 3

Menerusi ruangan komen, netizen melahirkan rasa terkejut apabila melihatkan perkongsian di Instagram Dayana itu.

Mereka juga tertanya- tanya bagaimana reptilia berbhaya itu boleh masuk ke kawasan perumahan yang di diami Dayana dan suaminya itu.

Netizen juga berkata kebetulan juga suami Dayana berada di luar rumah ketika itu dan melihat kelibat ul4r berkenaan.

Dayana Rozaa 1

Jika tidak mungkin pasangan itu bertambah cemas dengan kehadiran ul4r berkenaan kerana tidak menyedarinya dari awal memandangkan mereka mempunyai anak kecil di rumah.

Rata- rata netizen memperkatakan mengenai saiz ular berkenaan yang kelihatan agak besar. Namun mereka meluahkan rasa syukur kerana tidak berlaku insiden yang serius kepada keluarga Dayana.

Burung kakak tua milik Dayana juga masih selamat. Berikut dikongsikan juga komen- komen netizen terhadap perkongsian video Dayana itu.

Dayana Rozaa 12

Menjawab persoalan netizen di Instagram, ada yang berminat dan bertanyakan mengenai harga untuk memiliki burung kakak tua, Dayana berkata harga pasaran sekarang sudah agak murah.

Menurut Dayana lagi, ada penjual yang menjual burung kakak tua yang masih bayi dengan harga 7 ribu. Namun beliau kurang pasti harga berkenaan termasuk lesen peliharaan bersama mahupun tidak.

Kongsi Dayana lagi, burung kakak tua yang dewasa lebih mahal kerana sudah senang di jaga manakala peringkat bayi agak sukar di jaga kerana perlu untuk di suapkan makanan.

Sumber: ig dayana roza

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!