Connect with us

Hiburan

“Tunang apsal mcm nikah” – Netizen

Published

on

Erinsakura 9157119e3fe9dc3415245962523f8543

Bermula sebagai pelakon kanak- kanak menerusi watak Fasha dalam drama bersiri Hikayat Putera Shazlan, kini pelakon Sweet Qismina sudah boleh tersenyum bangga dengan pencapaian beliau dalam bidang seni apabila pernah memenangi anugerah Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2016. Semakin meningkat dewasa, Sweet Qismina juga sudah menginjak ke usia 24 tahun dan kini melebarkan sayap dalam bidang seni sebagai pengacara dan model komersial.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Menyingkap sisi peribadinya pula, hubungan cinta pelakon bertubuh genit ini dengan pelakon Adam Lee bukan lagi rahsia. Hubungan yang mula berputik sejak berlakon bersama di dalam drama Adam Chempaka itu kian mekar setelah hampir 3 tahun mereka berdua menyulam hubungan cinta.

Erinsakura E98be48e22fa5252cf858d23e93b4016

Kerap kali di tanya oleh para peminat mengenai hala tuju hubungan, pasangan sama cantik sama padan ini akhirnya mengikat tali pertunangan mereka petang semalam. Pasangan berkenaan berkongsi berita gembira tersebut bersama para peminat mereka menerusi beberapa hantaran gambar majlis pertunangan tersebut di media sosial masing – masing.

Coret pelakon Adam Chempaka itu di instagramnya juga, Sweet mendedikasikan ucapan penghargaan buat tunangnya itu kerana telah membawa hubungan mereka berdua ke fasa yang lebih serius. Bertemakan songket, Sweet dan Adam dilihat berpakaian berwarna biru muda sedondon. Majlis pertunangan berkenaan menjadi lebih bermakna apabila tarikh yang dipilih mereka iaitu 24 Oktober merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Sweet atau nama sebenar beliau Farhanna Qismina Supandi.

Erinsakura 7d7ac9776ebd19e37dbc3b845ac32666

Majlis pertunangan Sweet dan Adam khabarnya berlangsung di sebuah premis persendirian terletak di Ampang. Majlis mereka berdua berlangsung sederhana dengan menjemput ahli keluarga dan kenalan terdekat seramai 20 orang demi mematuhi prosedur yang di tetapkan oleh kerajaan. Pada majlis pertunangan itu, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran dan di balas kembali sebanyak lima dulang oleh Adam.

Sweet dan Adam sebelum ini pernah beberapa kali bekerja bersama di dalam drama sebagai teraju utama. Demi mengelakkan salah faham dalam kalangan para peminat, pelakon drama Bidadari Salju itu juga turut menjelaskan bahawa beliau dan Adam tidak menjalani sebarang penggambaran drama dan gambar yang dikongsikan oleh mereka merupakan majlis pertunangan yang sebenar.

Erinsakura B283b03c1fb6ea10748d29d73697c781

Menurut pasangan ini, mereka berdua merancang untuk mengikat tali pertunangan selama setahun memandangkan perancangan untuk berkahwin masih belum ada. Tambahan pula kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan membolehkan industri seni kembali aktif turut membolehkan mereka berdua kembali aktif bekerja semula.

Sebagai rekod, Sweet telah tercalon dalam kategori pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Adam bagi drama lakonan mereka iaitu Bidadari Salju dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ke 34.

Erinsakura 1e29d4c954812a4a824bfaa3d1066953

Menjengah keruangan komen gambar pertunangan mereka, ada segelintir netizen yang mempertikaikan gambar pertunangan mereka itu yang kelihatan seolah- olah seperti gambar pernikahan sehingga timbul salah faham dalam kalangan para peminat mengenai majlis yang dilakukan oleh pasangan ini.

Walaubagaimanapun rata- ratanya memberikan ucapan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan urusan pasangan ini sentiasa dipermudahkan untuk ke fasa perkahwinan pula.

Erinsakura 8fb55907cb68fd4a17af4b847511d5d0

Terdahulu, pasangan ini khabarnya mula berkenalan setelah Sweet memulakan langkah pertama dengan memperlawa Adam untuk menemaninya menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ke 31 pada tahun 2018.

Dengan ikatan pertunangan ini, pasangan ini juga mengharapkan supaya hubungan mereka berdua terus utuh dan meminta doa daripada para peminat agar segala urusan mereka berdua untuk ke fasa seterusnya akan berjalan dengan lancar.

Sumber: ig sweet qismina

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!