Connect with us

Hiburan

“Sy sanggup tunggu dalam kereta kat parking demi KJ nyanyi, sekali padu terok” – Netizen

Published

on

Siapa sangka dari Dewan Parlimen beliau kini bertugas di konti. Dari hari ke hari ‘bakatnya’ kini kian bersinar. Bukan sahaja menyerlah sebagai penyampai radio atau deejay, selain ‘dipaksa’ menari, terbaharu bakat bekas m3nteri kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ juga berjaya dicungkil dalam nyanyian. Jangan tak percaya beliau juga boleh menyanyi ya…

Seperti dijangkakan, ramai rupanya netizen dan pendengar menanti untuk mendengar suara KJ. Apa taknya, uniknya insan ini dahlah bekas menteri, imej pernah dibawanya sebagai lelaki ‘tall, dark & handsome’ dah tentu ramai menanti.

Buktinya ramai di ruangan komen hantaran memperlihatkan KJ menyanyi ini meluahkan rasa keterujaan mereka nak mendengar lelaki itu melantunkan suaranya hingga sanggup menangguhkan seketika pekerjaan.

“Saya sanggup tunggu dalam kereta kat parking demi KJ nyanyi.. Sekali padu teruk”, “tak sangka rupanya kj ada bakat terpendam tapi lebih bagus kalau biarkan terpendam..”, “Kalah sampai jadi Dj… saya terhibur”.

“Elok la tu.. KJ dr ahli p0litik jd rappers, Altimet dr rappers jadi ahli p0litik… 0-0”, “Sy sampai EL half day la nak dengar KJ nyanyi kat radio “, “Ini bukan r0sak, ini hancvr KJ bekpes hot buat”, “Pengarvh rakan tak sebaya “.

Itu antara komen netizen. Ramai tak sangka suara KJ sedemikian bunyinya. Terdahulu KJ menyanyikan lagu ‘healing tak balik’ yang diubahsuai sedikit liriknya mengikut ‘keadaan semasa dirinya kini’.

 

Ya… seperti luahan netizen, tak tahu nak gelak atau kasihan mendengar baris liriknya itu. Antara katanya, dirinya kalah (pilihanraya umum – PRU15) sampai jadi DJ. Alahai begitu lagu Malam Pagi nyanyian Saixse tu jadinya…

Walaupun kedengaran ‘semput’ dan ‘tak cukup nafas’, berusaha juga KJ menyanyikannya dengan yakin. Apa pun seperti dikongsikan di status hantaran, sah KJ telah ‘dirosakkan’ oleh rakan penyampaian segmen Bekpes Hotnya radio Hot.fm.

Mana taknya sebelum ini tiga lagi rakan satu segmen bersamanya iaitu DJ Fara Fauzana, Johan dan AG berjaya meminta KJ menari untuk TikTok. Kalau sebelum ini lebih serius, kini dapat santai-santai je KJ dalam bekerja…

Terdahulu KJ menerima tawaran menjadi penyampai di stesen radio itu Februari lalu kerana katanya ia bagi berkomunikasi dan mendekati orang ramai dengan cara yang lebih santai. Buktinya macam nilah gamaknya… sporting habis.

Sumber: IG Hot.fm

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!