Connect with us

Hiburan

“Sikit hari nnt Dato Red jadi mcm Mirul”- Netizen

Published

on

Umum mengetahui Adira merupakan isteri kedua kepada usahawan Datuk Red. Kongsi Adira lagi, tidak mudah untuknya mengharungi pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap sekarang dan memperbaiki hubungan dengan madunya. Semakin meningkat usia, beliau juga redha dengan perjalanan kehidupannya. Adira juga banyak menerima nasihat daripada ibunya supaya sabar menjalani kehidupan bermadu.

Adira berkata beliau juga terpaksa menempuhi pelbagai cemuhan dan tomahan daripada masyarakat. Selama ini beliau hanya berdiam diri dan menutup rapat segala keperitan yang di lalui dan simpan sendiri semuanya. Sepanjang 8 tahun bermadu juga, Adira berkata dirinya sedar kedudukan sebagai isteri kedua dan berdoa supaya madunya di lembutkan hati.

Adira bersyukur kerana setelah hampir 8 tahun berlalu, usaha beliau akhirnya berbaloi kerana beliau dan madunya kini sudahpun berbaik.

Bukan mudah menjalani kehidupan bermadu, namun Adira tetap cekal dan tabah mengharungi dugaan menjadi isteri kedua. Anak anak lah yang menjadi penguat semangat beliau selama ini. Ramai yang suka tengok gelagat anak anak Adira di Instagram kan.

Menerusi perkongsian terbaru di media sosial Adira, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat dirinya ketika sedang mengawasi suaminya sedang menjaga anak bongsu mereka iaitu Ayub.

Gelagat Adira yang kelakar dan lucu membuat mimik muka supaya suaminya Dato Red menjaga anak mereka dengan baik membuatkan netizen terhibur dengan karakter dan perangai masuk air penyanyi berkenaan.

@adira.suhaimi

Replying to @AmerVRays🇯🇵 dia dah biasa dah tgo bini dia gini dekkk .. nanti kalaw x gini kang ditanyanya pula sakit ke ?!! ahhhhh 😂 #fyp

♬ original sound – adira.suhaimi – adira.suhaimi

Kongsi Adira lagi, Dato Red sebenarnya sudah lali dan masak benar dengan perangai masuk air dirinya itu. Malahan sekiranya beliau tidak berkelakuan sedemikian, suaminya Dato Red pula yang akan salah faham dan menyangka dirinya s4kit kerana tidak bersikap seperti mana kebiasaan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berkata mereka agak teruja menyaksikan hantaran video yang di kongsikan oleh Adira itu memandangkan Adira sebelum ini amat jarang berkongsi video bersama suaminya Dato Red demi menghorm4ti madunya Datin Red.

Menyangkal dakwaan netizen yang berkata video berkenaan adalah kali pertama, Adira berkata video yang di muatnaik oleh beliau itu sebenarnya merupakan video ketiga yang di rakamkan memaparkan beliau bersama suaminya.

Sementara itu, kehadiran Dato Red di dalam video Adira berkenaan tanpa memberikan sebarang reaksi mahupun dialog membuatkan netizen menyamakan Dato Red dan Amirul yang merupakan suami kepada pengacara Melodi iaitu Ain Edruce.

Di dalam kebanyakkan video yang di kongsikan Ain, suaminya Amirul hanya melayankan sahaja gelagat Ain meskipun kelihatan “blur” dan tidak memahami trend terbaru di media sosial yang sering di ikuti oleh Ain untuk di kongsikan di media sosial.

Netizen juga memberikan cadangan supaya Adira membuat konten bersama Ain Edruce memandangkan mereka berdua bersikap m4suk air dan sangat menghiburkan menerusi perkongsian di media sosial. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

Sebagai rekod, Adira mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2015 dan hasil perkongsian hidup bersama Datuk Red, Adira di kurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayoub.

Sumber: tiktok adira suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!