Connect with us

Hiburan

“Shariq dah jadi abang” – Suami Emma Maembong

Published

on

Bagi pasangan yang sedang menantikan kelahiran zuriat, pastinya perjalanan kehamilan akan menjadi saat yang paling di nantikan oleh pasangan suami isteri dengan penuh dengan keterujaan. Buat pelakon dan usahawan jelita Emma Maembong dan suami, pasangan ini kini sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka yang bakal di lahirkan dalam masa terdekat.

Ujar Emma atau pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa teruja dan bahagianya dia serta suami yang pada saat-saat begini yang menantikan kemunculan ahli keluarga baharu.

Emma juga kelihatan teruja tatkala berkongsi status kandungan selain cerita persediaan akhir sebelum melahirkan anak. Menurut Emma, beliau di jadualkan bersalin pada 6 Mei depan. Tetapi, dia dinasihatkan agar bersedia untuk berdepan kemungkinan bersalin awal.

Malahan ikutkan pada pemeriksaan kandungan sebelum ini, Emma berkata doktor mendapati bayinya sudah berada dalam kedudukan yang menandakan bila-bila masa sahaja akan dilahirkan.

Tidak berselindung, Emma memaklumkan bahawa beliau sendiri sudah merasakan tanda-tanda yang menunjukkan bayi dalam kandungannya sudah sedia untuk dilahirkan. Dia dan suami juga sudah mengambil langkah yang perlu bagi menghadapi detik kelahiran yang mungkin akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Emma berkata beliau juga sudah mula memperlahankan aktiviti seninya dan bersedia sekiranya ditakdirkan bersalin lebih awal memandangkan beliau sudah merasakan perubahan pada tubuh, sering keletihan meskipun selera makan semakin bertambah.

Terkini menerusi Instagram suami Emma iaitu Muhammad Shazli Azhar, beliau memuatnaik satu hantaran video yang memaparkan Emma sedang memeluk anak kedua mereka di h0spital.

Menurut Shazli, Emma Maembong telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka iaitu seorang bayi lelaki seberat 3.4 kg hari ini.

Menjengah keruangan komen, berita gembira yang di kongsikan oleh Muhammad Shazli Azhar tersebut di instagram meraih tumpuan rakan artis dan netizen yang rata-rata membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

Rata rata memuji wajah putih gebu anak kedua Emma itu. Netizen juga mendoakan supaya Emma dapat menjalani proses berpantang dengan baik dan tenang Berikut di kongsikan komen komen netizen.

Terdahulu, Emma akui kehamilan pertama mengajar dirinya untuk tidak membazir. Katanya, kini, dia lebih berpada-pada dan hanya membeli keperluan diri dan bayi selepas bersalin. Dalam pada itu, Emma juga bersyukur kerana ramai yang memberi hadiah barangan keperluan ibu dan anak sebagai hadiah untuk menyambut kelahiran kedua.

Untuk rekod, Emma telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Shariq Gabriel.

Sumber: shazli.a

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!