Connect with us

Hiburan

“Sebenarnya memang dah masa Tok Jalal berehat” – Netizen

Published

on

Otai masih berbiisa, barangkali itu yang boleh dikatakan apabila melihat orang lama yang masih aktif di pentas seni. Selain seni nyanyian, ramai juga artis pelakon senior yang tetap mempunyai peminat dan kelibat mereka dinanti-nantikan di layar perak. Macam aktor, Datuk Jalaluddin Hassan yang mempunyai bakat lakonan yang masih menyengat. Bukan saja orang lama, orang baru pun sayang padanya.

Jika di ‘zamannya’ watak dibawanya lebih kepada maskulin dan serius, begitupun, makin terserlah pula auranya di pentas komedi apatah lagi apabila turut menyertai program realiti televisyen, Mega Spontan 2023.

Begitupun biarpun tampak aktif di pentas baru-baru ini, hari ini Jalaluddin atau mesra dipanggil Tok Jalal tampil dalam keadaan dirinya yang sebaliknya hingga banyak menimbulkan sebak dan hiba di hati peminat dan pengikutnya.

Masakan tidak, rupanya beliau dimasukkan ke H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor sejak Rabu lalu akibat jangkitan kuman pada saluran kencing. Allahu…

Memetik perkongsian video yang dimuat naik di laman Insragram Zon Lawak, Tok Jalal yang juga merupakan salah seorang peserta program Mega Spontan memohon maaf kerana tidak dapat beraksi pada minggu ini.

Katanya beliau masih dalam rawatan di HCTM dan memohon maaf dengan teamnya, Champak Tak Jauh, kerana menyifatkan sudah mengecewakan kumpulan. Beliau juga meminta agar timnya itu membuat persembahan terbaik pada malam ini.

Sempat memberikan kata semangat, kata Tok Jalal beliau percaya anggota timnya boleh melakukannya, selain mendoakan agar semua dipelihara kesihatan oleh Allah SWT. Sayu pula mendengar ucapannya dari katil h0spital itu.

“Bertambah suka bila tgokk travel lawak bapak²… Sedihhhnya… Semoga Dato’ jalaluddin diberi kesembuhan Amin”, “Semuga cepat sembuh…Sebenarnya mmg dah masa tok jalal berihat….Allah swt sayang tok jalal sbb tu dia suruh tok jalal berihat…”.


“Moga tok jalal Kembali sihat..sedih ati ini tengok..nmpk s4kit sngt..nampak tok jalal mcm ayah sdiri..”, “aritu tgk mega spontan time tok jalal wat aksi tu pun dh agak mesti penat sgt n tgk tercungap-cungap sian sunggoh…”.

Itu antara komen netizen. Ada yang merasakan Tok Jalal dah patut berehat, tak kurang juga mendoakan agar dirinya cepat sihat. Apa pun pelakon senior antara yang memeriahkan industri seni. Sama-sama kita doakan Tok Jalal.

Sumber : IG Zon Lawak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!