Connect with us

Hiburan

“Sebab tu dia boleh handle anak2 Shuib, jaga org terlantar s4kit lg hebat ujian”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 74d379215a507e2be460a003e4d203cb

Sejak pasangan Shuib dan Watie mengesahkan sedang menjalin hubungan, pelbagai pendapat dan andaian yang di buat oleh para netizen. Namun begitu, ianya tidak menghalang pasangan ini untuk meneruskan hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Malahan rezeki juga berpihak kepada mereka berdua apabila pasangan serasi ini menerima pelbagai tajaan di hari bahagia mereka.

Setelah pasangan ini berkahwin, pihak Astro mengambil inisiatif untuk mendokumentasikan perjalanan ke hari pernikahan mereka berdua menerusi satu program iaitu Walimatulurus Shuib dan Watie.

World Wide24.com 2f694408f5db3743454219097fb2371e

Di dalam rancangan tersebut, pasangan ini mendedahkan bagaimana mereka berdua berkenalan dan juga berkongsi mengenai latar belakang diri masing masing.

Selain itu juga, beberapa persediaan perancangan pernikahan mereka berdua telah di kongsikan seperti pemilihan pakaian pengantin, pemilihan lokasi pernikahan dan juga pemilihan katering makanan untuk di sajikan buat para tetamu.

World Wide24.com 3eae6e400e428183cc9fcd9071bbb3b5

Menerusi satu perkongsian di media sosial, rakaman siaran walimatulurus pasangan pengantin berkenaan telah di kongsikan kembali buat tatapan para peminat mereka oleh seorang individu.

Di dalam rakaman siaran yang di kongsikan itu, Watie memaklumkan bahawa selama ini beliau menggalas tanggungjawab untuk menjaga kakak sulungnya yang merupakan seorang OKU.

@shintamasheeta

semoga Allah merahmati mu aminnn#shuibwatie #shuibsitisarah #watiehanifiah #shuib

♬ original sound – Shinta Mashita – Shinta Mashita

Menurut Watie, kakak sulungnya itu tidak boleh berjalan sejak daripada lahir lagi. Watie sebagai adik setiap hari menguruskan keperluan kakak OKUnya itu.

Bercerita lanjut mengenai keadaan kesihatan kakaknya itu, Watie memaklumkan bahawa ketika usia kakaknya 10 tahun, bapanya cuba berusaha untuk mengub4ti kakaknya itu dengan membawa kakaknya itu menjalani satu pemb3dahan, bagaimanapun pemb3dahan berkenaan tidak berjaya. Di sebabkan itu, kakaknya itu tidak mampu untuk duduk.

World Wide24.com 014bf6468928ef4c58b77dabeedb79a7

Ulas bapa saudara Watie lagi, Watie sekeluarga sangat serius dalam penjagaan Kakak OKU itu selama ini.  Kongsi Watie lagi, beliau sebenarnya mengambil masa untuk mencari pasangan hidup memandangkan beliau menjaga seorang kakak OKU.

Watie mahu pasangannya itu dapat menerima situasi beliau yang menjaga seorang kakak OKU.

Watie berkata amat penting buat dirinya untuk mencari seorang pasangan yang dapat menerima dan memahami dirinya serta menerima keadaan kakaknya.

World Wide24.com 97eeb0648a87e02db77d2920f26a1773

Mengulas mengenai Shuib pula, Watie berkata beliau bersyukur di pertemukan dengan seseorang yang ikhlas dan dapat menerima situasi dirinya seperti Shuib.

Shuib boleh menerima keluarga Watie dengan baik. Malahan Watie berkata Shuib meluahkan rasa bangga beliau terhadap dirinya kerana sudi dan mampu menjaga kakak sulung yang merupakan seorang OKU itu.

World Wide24.com 715a100cd3c8b973ec5395874458ae42

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen tersentuh hati melihat kasih sayang Watie terhadap kakak OKUnya itu. Kasih sayang yang di curahkan oleh Watie terhadap kakaknya itu menjentik hati para netizen yang selama ini salah sangka terhadap Watie.

Disebabkan itu juga netizen merasakan Watie merupakan calon yang sesuai untuk menguruskan anak- anak Shuib memandangkan menjaga orang s4kit seperti kakak OKU Watie lagi hebat ujiannya. Berikut di kongsikan komen komen netizen setelah melihat perkongsian video berkenaan.

World Wide24.com 2d689e8dcc95b535d3573362ff9d48d1

Terdahulu, ramai yang kurang senang apabila Shuib menyunting beliau sebagai isteri di sebabkan penampilan beliau sebelum ini. Malahan ada juga segelintir netizen juga menganggap Watie tertarik untuk bernikah dengan Shuib di sebabkan h4rta.

Memetik satu temubual bersama Shuib sebelum ini, penyampai radio sinar itu pernah menyatakan bahawa beliau amat tertarik dengan keperibadian Watie yang merupakan seorang yang sangat penyayang.

Shuib juga mendedahkan bahawa Watie telah menjaga kakak OKU itu bertahun tahun selama ini dan sangat menitik berat akan kebajikan kakaknya.

Shuib berkata kualiti tersebut yang menarik perhatiannya terhadap Watie dan merasakan Watie mampu menjaga diri serta anak anaknya.

Sumber: tiktok shinta mashita

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!