Connect with us

Umum

“Saya sedar saya yang salah, tak sangka jadi macam ni” – Ebit Lew

Published

on

Erinsakura E182aff7645988d945082a9f8428e013

Ujian yang diberikan Allah kepada hambaNya adalah untuk melihat tahap keimanan mereka dan kepercayaan mereka kepada yang Maha Esa. ujian yang diberikan terjadi dalam banyak segi, sama ada kes4kitan atau kekuatan, kesusahan atau kekayaan dan sebagainya, semuanya adalah ujian yang diberi kepada kita untuk melihat kita sebagai hamba ini mampu lagikah bersujud kepadaNya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Begitulah perasaan Ustaz Ebit Lew yang merasakan ujian yang diberikan kepadanya adalah melihat ada segelintir masyarakat yang masih dalam kesusahan dan hidup dalam keadaan daif dan miskin. Beliau risau akan dipersoalkan Tuhan jika tidak memberi bantuan kepada mereka yang memerluukan.

Erinsakura A55a6e58c34c58dd105860f2f61cec3d

Sejak perintah kawalan pergerakan telah dikuatkuasakan, Ustaz Ebit Lew kelihatan aktif dalam memberi bantuan kepada masyarakat yang memerluukan. Beberapa keluarga yang hidup dalam keadaan daif dan tiada keperluan asas telah dibantu oleh Ustaz Ebit Lew dan pasukannya dalam mendapatkan kehidupan yang selesa. Baru-baru ini, beliau berkongsi beliau telah menjumpai sebuah keluarga yang tinggal di sebuah rumah yang uzur keadaannya di Kg Tanjung Lumpur di Kuantan.

Menurut ustaz tersebut, keluarga itu pernah menduduki rumah flat yang disediakan kerajaan namun tidak mampu untuk membayar sewanya selama berbulan-bulan membuatkan mereka sekeluarga keluar dari rumah dan tinggal kembali ke rumah yang uzur itu. Kata Ustaz Ebit Lew lagi, keluarga itu menjana pendapatan melalui upah penghantaran makanan.

Netizen sangat sebak melihat keadaan keluarga tersebut dan ramai juga mendoakan kesihatan Ustaz sentiasa dalam keadaan sihat. Ada juga yang nampak riak wajah Ustaz Ebit Lew yang sangat keletihan dalam menjayakan apa yang beliau lakukan.

Erinsakura E6c692fda9ee2aed1c454d4011099fb6

Ustaz Ebit Lew telah membuat ramai individu membuka mata bahawa terdapat manusia lain yang dalam kesusahan dan memerluukan bantuan. Ustaz telah memberi inspirasi kepada individu lain untuk membuat kebaikan dan berjasa kepada manusia lain dan masyarakat. Kita juga haruslah sedari bahawa kita perlu membantu sesiapa yang memerluk4n jika kita ada lebih untuk memberi.

sumber : ig ebitlew

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!