Connect with us

Hiburan

“Rupa tu dah ok tapi tang rambut tu aduhai” – Netizen

Published

on

8672BB73 8EE4 46C7 9A6B 42C11B96AF1B Scaled

Selain penampilan dan gaya pakaian, rambut juga memainkan peranan yang penting bagi menaikkan lagi aura gaya yang menarik dalam diri seseorang. Kebiasaanya, para artis yang terkenal akan lebih mengikuti gaya semasa dan trend terkini bagi setiap gaya dari segi pakaian mahupun rambut. Sudah maklum juga jika sudah menjadi personaliti hiburan, setiap sudut penampilan pasti akan menjadi bualan ramai.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Artis muda yang bernama Haqeem Nuriman atau lebih dikenali sebagai Yonnyboii ini sudah terkenal dalam industri hiburan sebagai seorang rapper dan juga penulis lagu. Hasil kolaborasi dan duet bersama Zynakal sebelum ini dengan lagu bertajuk S4kit menjadi titik mula namanya mula dikenali ramai.

IMG 8544

Membina rumahtangga seawal umur 23 tahun, awal perkenalannya bersama isteri iaitu Nik Nazirah sempat menjadi bualan ramai dan membawa kontroversi. Tetapi akhirnya, mereka berdua berjaya diijabkabulkan pada November tahun lalu.

Bukan sahaja dalam negara malah luar negara, seorang rapper itu pasti terkenal dengan gaya yang lebih terkini dan hip hop sesuai dengan jiwa yang membawakan lagu bergenre rap. Perkongsian video Yonnyboii bersama isteri di laman Instagram milik era.je telah mendapat ratusan komen yang berbaur negatif.

IMG 8545

Ramai netizen yang mempertikaikan warna rambut milik Yonnyboii yang dikatakan kurang sesuai dengan imejnya. Malah ada yang menyuruhnya untuk segera menukar warna rambut. Baru-baru ini juga Yonnyboii ada berkongsi dengan peminatnya untuk mendapatkan pandangan bagi menukar warna rambutnya itu.

Tidak hanya tertumpu kepada penampilan dan gaya rambutnya, ramai yang memuji kemesraan pasangan pengantin baharu ini di dalam video tersebut. Yonnyboii dan Nik Nazirah dilihat sangat serasi dan saling menyayangi walaupun sering mendapat kritikan netizen.

IMG 8546

Sebelum ini Yonnyboii juga pernah berkongsi bersama rakan media bahawa dia pernah mengalami depresi. Yonnyboii juga dikatakan sering dibuuli oleh rakan-rakan ketika zaman sekolahnya.

IMG 8543

Mengkritik dan merendahkan penampilan seseorang dapat dilihat sebagai buulian walaupun hanya melalui media sosial sahaja. Netizen dinasihatkan untuk tidak mengatakan hal-hal bur0k dan mendoakan yang baik-baik sahaja buat artis tempatan kita.

Sumber: Instagram era.je

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!