Connect with us

Umum

“Rindu moment kat kampung, tidur berselerak kat ruang tamu”

Published

on

Baru-baru ini Perdana Mnteri telah mengambil langkah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bertujuan untuk membantu menaikkan kembali ekonomi negara. PKPB bermula pada 4 Mei yang lalu dimana kelonggaran telah diberikan bagi hampir kesemua sektor ekonomi untuk beroperasi. Namun begitu langkah pencegahan perlulah diteruskan dengan mematuhi garis panduan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kelonggaran yang diberikan sedikit sebanyak memberikan harapan buat rakyat untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga. Namun hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan apabila perjalanan merentas negeri tidak dibenarkan oleh kerajaan.  

Walaupun ramai yang merasa kecewa namun rakyat akur bahawa keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan penularan wbak ke kawasan lain.

https://www.instagram.com/p/B_yqP8kn0-s/?igshid=qo3qiqeqxafl

Pelakon Norman Hakim juga mengakui merindui saat bersama keluarganya di kampung halaman. Beliau memuatnaik gambar dirinya bersama anak-anak tidur berselerakan diruang tamu mengimbas kembali kenangan setiap kali pulang ke kampung halaman bagi sambutan aidilfitri.

Menyedari sambutan hari raya tahun ini sudah tidak lagi seperti tahun sebelumnya, pasti kenangan menyambut aidilfitri di kampung membuatkan kita semua merindui suasana tersebut pada hari raya kali ini.

Gambar tersebut mencuri tumpuan netizen yang berkongsi melalui keadaan yang sama setiap kali pulang ke kampung. Dengan cara itulah mereka merasai suasana “balik kampung”.

Mereka juga turut meluahkan rasa sayu mengenangkan sambutan perayaan aidilfitri tahun ini yang seolah hilang seri tanpa kehadiran keluarga.

Rata-rata memberikan maklumbalas bahawa sambutan hari raya tahun ini disambut dengan cara yang bersederhana sahaja. Semoga wabak C0v1d19 ini cepat berakhir. InsyaALLAH tahun depan boleh sambut dengan keluarga pula.

Sumber : Instagram normanhakim_786

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!