Connect with us

Hiburan

“Rare betul ni, jrg ada org dedah zaman sekolah pnya gambar haha” – Fizz Fairuz

Published

on

World Wide24.com 5c215b2f24022a3c1f311096b044cf0a

Kata orang ber’cintan cintun’ masa masih di bangku sekolah adalah cinta monyet. Setakat suka-suka nak berpasangan. Percintaan ketika fasa itu didakwa tak ke mana. Mana taknya, bila seseorang itu dah ‘berakal’, masing-masing lazimnya akan membawa haluan terutama dalam bidang kerjaya dan kehidupan. Pun begitu, pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro membuktikan sebaliknya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Ajak dan isterinya, Nur Afifah Amin memperlihatkan hubungan suci dua insan tika di alam remaja yang tulus ikhlas membawa hingga ke jinjang pelamin. Itu dikongsikan Ajak dalam status hantaran terbaharunya hingga ramai netizen teruja.

World Wide24.com E0d8f93fc4bc190f8b5bd48524e985e7

Rupanya Ajak mengenali dan rapat dengan Nur Afifah yang menjadi teman wanitanya sejak dia di tingkatan 1 lagi. Isterinya itulah yang juga menjadi ‘cikgunya’ yang membantu mengajar subjek mata pelajarannya yang lemah di sekolah.

Nur Afifah juga katanya menjadi ‘cikgu’ dalam kehidupannya terutama masa sudah bergelar isterinya. Agak mencuit hati netizen dan rakan artis jua apabila Ajak berkongsi perubahan dalam fasa hidupnya bersama insan tersayangnya itu.

World Wide24.com 19bb24adad473ade355f9e60804dad18

Dari hidupnya selepas tamat persekolahan bekerja sebagai tentera laut, manakala isterinya itu menjejakkan kaki ke menara gading, hinggalah dari anak seorang sehingga sekarang mereka sudah dikurniakan tiga cahayamata.

Terdahulu pastinya sempena Hari Guru, Ajak mengucapkan selamat hari berkenaan buat teman hidupnya itu selain buat semua yang bergelar guru. Menarik juga kisah percintaan penuh nostalgia Ajak dan Nur Afifah ini ya…

World Wide24.com 8c62327686606404c0f25b2d0d6af423

“Setia hebat kamu ajakkkkk alhamdullillahhhhh tahniah”, kata pelakon, Shiera Ijoy. “Indah susunan Allah,Semoga bahagianya hingga ke Jannah,Syurga Indah buat Kalian ajakshiro”, coret rakan pelawak, Shuib Sepahtu pula.

“Laaa cute nya cerita hangpa dua adikkkk. MasyaAllah. Rezeki awak baik sungguh dapat isteri baik. Sebab apa? Awak berdua hati baik”, kata penyanyi Nourul Depp. “Best macam ni…dulu kini dan selamanya… Dah xada nak rahsia apa2 dah”, coret pengacara, Aidid Marcello pula.

World Wide24.com C5bc975fa18ce91f735f157879d4689e

Pastinya memang banyak kenangan manis tersimpan antara pasangan ini. Buat mereka di luar sana, tak salah jika hendak dijadikan kisah mereka ini sebagai pasangan contoh. Bercinta bukan sekadar untuk ‘main-main’. Tapi ada matlamatnya.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak mula dikenali selepas bakatnya dicungkil menerusi program Raja Lawak 6. Dia berganding bersama Shahrol lalu membentuk sebuah kumpulan yang diberi nama Shiro.

World Wide24.com 5a253871a1b113995aa96dfacabfb631

Sumber : IG Ajak Shiro

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!