Connect with us

Hiburan

“Ramai syg Tokti, nampak leher pun ramai tegur supaya lebih terjaga bab aurat”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 0e980388cd5a2245f8b13b42fdce4f8d

Penyanyi yang telah sekian lama menjadi idola rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sehingga kini masih lagi aktif menyanyi. Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan dan juga menjadi duta pelbagai jenama produk.

World Wide24.com 6f3fad9d4d4f6377d14eb214879d654e

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid merupakan antara pasangan yang romantik dan sering menjadi perhatian netizen terutamanya para peminat Tokti sendiri.

Pejam celik sudah 17 tahun berlalu sejak Datuk Seri Siti Nurhaliza mendirikan rumahtangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa. Datuk Khalid Muhammad Jiwa lebih di kenali sebagai Datuk K dalam kalangan para peminat Tokti.

World Wide24.com 0fccc1664f97eb71c5fd56dc97940025

Penantian pasangan ini bernoktah setelah di kurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah. Kelahiran Siti Aafiyah telah menambah seri dalam kehidupan rumahtangga mereka.

Sebagai rekod, perkahwinan Datuk Khalid atau lebih di kenali sebagai Datuk K bersama Tokti dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 5 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 2 tahun.

World Wide24.com D5ac4dab48b955693ac59b8eada9a2bb

Menerusi perkongsian terkini di Instagram Tokti, penyanyi kesayangan ramai itu berkongsi beberapa foto daripada album terbaru beliau. Namun begitu, perkongsian foto daripada Tokti tersebut meraih perhatian yang agak negatif daripada netizen dan juga para peminat Tokti sendiri.

Pada pendapat netizen, Tokti di lihat kurang sesuai memakai turban memandangkan penyanyi tersebut kini sudah lama membuat keputuusan untuk bertudung penuh.

Apabila Tokti memakai turban, secara tidak langsung bahagian lehernya telah terded4h membuatkan para peminat menegur foto yang di kongsikan oleh Tokti tersebut.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata- rata netizen menegur foto yang di kongsikan oleh Tokti. Ada netizen yang berkata teguran yang di lakukan mereka itu adalah di sebabkan rasa sayang para peminat kepada penyanyi nombor satu itu.

World Wide24.com E8b8207be6be9cd334eb959f131e1c82

Netizen juga kurang senang sekiranya perubahan pada penampilan Tokti tidak sesuai dengan imej yang di bawakan oleh beliau selama yang cukup lemah lembut, bersopan dan menjaga penampilan.

Netizen juga berpendapat Tokti lebih sesuai memakai tudung seperti sebelum ini dan berharap para pereka fesyen yang bertanggungjawab menata rias penampilan Tokti lebih peka terhadap sensitivity para peminat terhadap penyanyi kesayangan ramai ini. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

World Wide24.com 596f44cdc3faab425b8ad99bc262f947

Sementara itu, dedah netizen foto awal yang di muat naik oleh Tokti yang menampakkan bahagian leher kebih jelas sebenarnya telah di padamkan oleh Tokti lebih awal dan di gantikan dengan foto di hantaran terbaru. Walaubagaimanapun, netizen tetap tidak merestui foto yang di kongsikan oleh Tokti itu.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!