Connect with us

Hiburan

“Qis teruskan bertudung, insyaAllah lebih manis”- Netizen

Published

on

World Wide24.com F0c6b6fc75d62157332efbe2290c151d

Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri atau Qistina mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sejak di usia kanak kanak. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Alisya di dalam drama Papa Ricky dan juga sebagai Tengku Aqilah kecil dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada usia 4 tahun. Baru baru ini nama pelakon Qistina Raisah tular dek kerana satu salah faham bersama seorang lagi pelakon remaja yang lebih senior daripadanya.

Meskipun pelakon remaja tersebut tidak menyebut nama individu yang mencari pasal dengan nya namun ramai netizen yang memetik nama Qistina Raisah sebagai individu yang di maksudkan oleh pelakon remaja berkenaan.

World Wide24.com 7bc3c366fa21a5c3ac61801ea9c2a4f8

Insiden tersebut membuatkan nama Qistina sedikit tercalar namun Qistina mengambil pendekatan berlapang dada dan memaafkan pelakon remaja tersebut.

Malahan Qistina juga mengambil sikap professional dan tidak kisah jika di pertemukan dengan sebarang projek lakonan bersama pelakon remaja tersebut di masa akan datang.

Bagi Qistina, industri hiburan kecil sahaja dan berkemungkinan besar dia akan berjumpa juga dengan pelakon remaja tersebut dan Qistina juga tidak mahu bermasam muka demi mengelakkan kesukaran dalam bekerja suatu hari nanti.

World Wide24.com Ef56ca086d684aeb2269124f40d69827

Qistina juga menegaskan niatnya muncul sebagai pelakon dalam industri hiburan hanyalah untuk mencari rezeki buat keluarganya dan beranggapan pelakon remaja tersebut juga begitu. Oleh itu, Qistina tidak mahu perkara tersebut di panjangkan

Selain isu berkenaan, gaya pemakaian Qistina Raisha juga menjadi bualan apabila ramai warganet mendakwa dirinya matang dari usia kerana cara pemakaiannya.

Penampilan Qistina yang bakal menginjak usia 14 tahun pada Disember nanti juga turut di perkatakan kerana gayanya yang tidak sesuai dengan usia.

World Wide24.com 9327894aa0be2c23bf8c0b485f829464

Netizen juga memberikan teguran kepada Qistina untuk memperbaiki cara dirinya berpakaian agar sesuai dengan usianya yang masih remaja.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Qistina Raisah, pelakon itu memuatnaik beberapa keping gambar beliau bertudung sedondon dengan bajunya yang berwarna ungu.

Di bahagian kapsyen pula, pelakon itu bertanya kepada para pengikut akaun Instagram beliau sama ada wajahnya kelihatan ayu apabila memakai tudung.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata- rata netizen memuji wajah pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu itu yang kelihatan lebih manis dan ayu setelah beliau bertudung.

World Wide24.com F1b4ee71c42e15e2d4dfb2d2528dc2f9

Sementara itu, ada juga warganet yang memuji kecantikan aktres tersebut yang semakin menyerlah setelah meningkat remaja. Netizen juga mendoakan supaya penampilan bertudung pelakon itu berkekalan memandangkan beliau kelihatan lebih manis dan sopan memakai tudung.

Netizen juga memberikan sokongan sekiranya Qistina ingin tampil berhijab malah meminta supaya pelakon itu meneruskan penampilan beliau yang bertudung. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com Fe8fb19d3f39dcf068f79e2729437c81

Semoga Qistina mengambil nasihat dan teguran daripada netizen sebagai motivasi untuk dirinya memperbaiki penampilan sebagai seorang remaja. Adakalanya nasihat yang di utarakan oleh netizen itu ada benarnya.

Sumber: ig qistina raisah

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!