Hiburan
“Qis teruskan bertudung, insyaAllah lebih manis”- Netizen
Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri atau Qistina mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sejak di usia kanak kanak. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Alisya di dalam drama Papa Ricky dan juga sebagai Tengku Aqilah kecil dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada usia 4 tahun. Baru baru ini nama pelakon Qistina Raisah tular dek kerana satu salah faham bersama seorang lagi pelakon remaja yang lebih senior daripadanya.
Meskipun pelakon remaja tersebut tidak menyebut nama individu yang mencari pasal dengan nya namun ramai netizen yang memetik nama Qistina Raisah sebagai individu yang di maksudkan oleh pelakon remaja berkenaan.
Insiden tersebut membuatkan nama Qistina sedikit tercalar namun Qistina mengambil pendekatan berlapang dada dan memaafkan pelakon remaja tersebut.
Malahan Qistina juga mengambil sikap professional dan tidak kisah jika di pertemukan dengan sebarang projek lakonan bersama pelakon remaja tersebut di masa akan datang.
Bagi Qistina, industri hiburan kecil sahaja dan berkemungkinan besar dia akan berjumpa juga dengan pelakon remaja tersebut dan Qistina juga tidak mahu bermasam muka demi mengelakkan kesukaran dalam bekerja suatu hari nanti.
Qistina juga menegaskan niatnya muncul sebagai pelakon dalam industri hiburan hanyalah untuk mencari rezeki buat keluarganya dan beranggapan pelakon remaja tersebut juga begitu. Oleh itu, Qistina tidak mahu perkara tersebut di panjangkan
Selain isu berkenaan, gaya pemakaian Qistina Raisha juga menjadi bualan apabila ramai warganet mendakwa dirinya matang dari usia kerana cara pemakaiannya.
Penampilan Qistina yang bakal menginjak usia 14 tahun pada Disember nanti juga turut di perkatakan kerana gayanya yang tidak sesuai dengan usia.
Netizen juga memberikan teguran kepada Qistina untuk memperbaiki cara dirinya berpakaian agar sesuai dengan usianya yang masih remaja.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Qistina Raisah, pelakon itu memuatnaik beberapa keping gambar beliau bertudung sedondon dengan bajunya yang berwarna ungu.
Di bahagian kapsyen pula, pelakon itu bertanya kepada para pengikut akaun Instagram beliau sama ada wajahnya kelihatan ayu apabila memakai tudung.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata- rata netizen memuji wajah pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu itu yang kelihatan lebih manis dan ayu setelah beliau bertudung.
Sementara itu, ada juga warganet yang memuji kecantikan aktres tersebut yang semakin menyerlah setelah meningkat remaja. Netizen juga mendoakan supaya penampilan bertudung pelakon itu berkekalan memandangkan beliau kelihatan lebih manis dan sopan memakai tudung.
Netizen juga memberikan sokongan sekiranya Qistina ingin tampil berhijab malah meminta supaya pelakon itu meneruskan penampilan beliau yang bertudung. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Semoga Qistina mengambil nasihat dan teguran daripada netizen sebagai motivasi untuk dirinya memperbaiki penampilan sebagai seorang remaja. Adakalanya nasihat yang di utarakan oleh netizen itu ada benarnya.
Sumber: ig qistina raisah
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen