Connect with us

Hiburan

“Pokok pun nak tiipu, tanam lah betul2” – Netizen

Published

on

IMG 20220524 205439

Mempunyai halaman rumah idaman sememangnya didambakan oleh sesiapa sahaja. Lazimnya dekorasi halaman yang digemari adalah jenis kehijauan yang meredupkan mata memandang selain secara psikologi ia dipercayai dapat mententeramkan jiwa pemilik dan tetamu yang datang. Sanggup melaburkan sedikit harta untuk itu pun bagi sesetengah orang tidak mengapa janji puas hati. Gamaknya begitu jua dirasakan chef antarabangsa yang turut mengharumkan nama negara, Datuk Chef Wan ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Begitupun, agak kasihan pada Chef Wan yang berkongsi di Instagram nya apabila dekorasi laman idaman yang dihajati tidak menepati apa diimpikan. Malah lebih menghampakannya apabila apa diperolehnya tidak sepadan dengan wang yang telah dilaburkannya.

Screenshot 20220524 1650382

Bukan kecik anak, cecah ribuan juga. Sempat ‘membasuh’ pihak yang dibayarnya dek khidmat yang diterimanya dikatakan tidak sepadan janji dan harga, ramai pula netizen menyokong tindakan Chef Wan ‘mengajar’ pihak terbabit agar bekerja dengan lebih ikhlas dan betul.

Menariknya tu, antara pokok mencecah ribuan ringgit yang tak cukup ditanam seperti dijanjikan diungkit oleh Chef Wan ialah pokok kaduk.

Tatkala lazimnya ia tumbuh meliar belakang rumah kebanyakan kita, baru netizen rasa kagum dengannya apabila lihat harganya cecah sebegitu sekali.

Screenshot 20220524 1653382

“Ya Rabbii… Tak sangka bernilainya daun kaduk. Selama ni I pandang sebelah mata je kaduk belakang rumah”, “Byk naw dugaan DCW dgn kebun ni. Dah byk kali ada issue dgn landscape designer.

Moga dipermudahkan la urusan ya”, “Daun kaduk tu kalau tanam 10 pokok pun mmg senang nau biaknya”. Itu antara komen netizen.

Dalam pada itu, ramai juga mengingatkan silap oranglah mereka yang mahu ‘menipu’ Chef Wan. Apatah lagi bapa kepada pelakon, Serina dan Cef Riz itu pernah berkhidmat di bank, bahkan beliau juga seorang peniaga. Sudah pastilah Chef Wan alert apabila melaburkan wang.

Screenshot 20220524 1655002

Chef Wan dalam kapsyen hantarannya juga berkongsi bahawa masih ada 300 pokok kaduk sepatutnya ditanam tetapi tiada, sedangkan katanya bayaran sudah dibuat. Jangan main-main ya.. walaupun merimbun pokok ada di lamannya, beliau tetap kira cukup tak cukup …

Beliau turut mempersoalkan pihak terbabit sama ada sudah lupa bahawa beliau sudah biasa buat kerja-kerja akaun dan audit di bank. Tambah Chef Wan, beliau bukanlah seorang yang tamak dan kurang berakal. Huh… .memang power bila beliau ‘kasi basuh’.

IMG 20220524 203746

Jika diikuti perkembangan Chef Wan sejak berpindah ke rumahnya itu, beberapa bulan lalu, beliau turut berkongsi tentang masalah berkaitan hendak menyiapkan halaman dekorasi rumahnya dengan pihak berkenaan. Tampaknya masih belum reda.

Sekadar info, Chef Wan sebelum ini memang dikenali sebagai seorang outspoken yang sangat ikhlas dan jujur dalam menyampaikan kata-kata.

Dalam masa sama, beliau seorang yang suka menegur benda tak betul yang nampak di depan mata. Begitupun, ramai yang tabik hormat. Moga dipermudahkan urusan DCW.

Screenshot 20220524 1654342

Sumber : IG DCW

Artikel ini disediakan oleh 0h Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!